Thursday, 22 September 2011

Hidup biar LEMAU

LEMAU adalah word yang selalu digunakan oleh blogger. Bukan biskut raya je lemau, hidup pun boleh lemau. Jangan SPM nanti terjumpa perkataan LEMAU, naya je !!!

2-3 hari ni hidup saya macam LEMAU jer ... (tapi sentiasa sibuk dengan anak2). Berdebar2 pun ada. Kiranya "Hati ngak Keruan". Nak cerita salah, tak cerita, camni le gayanya. Tapi biarlah RAHSIA. Kalau dah OK, insyaAllah boleh cerita. Harapkan semua dugaan dapat diharungi dan semua urusan dipermudahkan :-)

HIDUP biar LEMAU, tapi HATI jangan MATI.

Ambil buku yang "terperap" di rak. Baru baca page ke-2, air mata dah start meleleh. Apa sangatlah dugaan yang saya terima .....??? Kalau tengok ketebalan buku ni, memang tebal tapi harga tertulis di belakang "RM35.00" ... berbaloi kan !!!

Nice book. Kandungan di dalamnya :-)

  • Kisah Para Sahabat
  • Fadhilat Quran
  • Fadhilat Solah
  • Fadhilat Zikir
  • Fadhilat Tabligh
  • Fadhilat Ramadhan
  • Kemunculan Umat dan Penyelesaiannya.

Sebelum HATI MATI, better "berubat" cepat !!! Antara artikle yang menarik tentang HATI MATI.

Menurut kata seorang tokoh sufi terkenal, Ibrahim Adham menyatakan bahawa tanda-tanda hati mati itu:
  • Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya.
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

11 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai pow terlemau dah ni...
bagus bacaan akak kali ni
ai loikeeee

^^nu[dd]yra^^ said...

saya pon cam lemau2 gak kak mggu nih....eh, bukan ...sy selaloo jer lemau....raser cam lemnau....tapi dalam kelas mngajar bagai nak rak jugak....tak leh nak layan sgt...time p bcuti jer x lemau kan kan...hehehehhe

Teratak Hami said...

Hati2, lemau boleh berjangkit :-)

Teratak Hami said...

Nuddyra,
Cikgu kalau lemau, habislah anak murid. Tak lama lagi cuti sekolah, dah boleh plan ... plan kahwin ke .. hehe

Chik Na said...

Bila baca kata kata ahli sufi tu, teringat betapa banyaknya lagi yg perlu Chik Na perbaiki... terima kasih kerana sharing :)

kasihredha said...

kadang2 lemau juga
tapi terpaksa buat2 tak lemau

wahida said...

terima kasih kak kerana mengingatkan...

Ijah EmoTemo said...

hehehe , ijah minggu ni pun lemau jgk.

slmt dh siap2 autopublish entry klu tak mmg sah2 tak kan ada lgsg entry minggu ni sbb lemau hihi.

kurus said...

hermm thanx sudi kongsi nie ..
suke :)

NM02 said...

perkongsian ilmu di hari jumaat penuh mulia. tengkiu... besar pahala.

ashra said...

mmg kekadang ada masa lemau kan kak..ada masa,malas mak aih...tak buat keje pape langsung.ada masa,rajin,hepi semacam..

hehee...papepun moga urusan dimudahkan ye..