Wednesday, 7 September 2011

Selamat Berangkat

7 September 2011.

Mereka sekeluarga akan berhijrah ke Madinah. Saya pula yang terasa syahdu, almaklumlah nak keluar dari Malaysia and berhijrah ke Madinah, insyaAllah hingga ke akhir hayat mereka. Itu yang mereka inginkan. Ramai yang "cemburu" dengan kemudahan yang Allah sediakan untuk mereka.

Saya suka membaca catatan di blog Prof Muhd Kamil (update everyday) dan isteri beliau, Pn Roza. Pernah bertemu mereka semasa di Meru pada Jan'2010 (cerita di SINI ). Suka baca blog & buku2 tulisan mereka. Buku Prof, Travelog Haji memberi banyak tips & inspirasi semasa kami nak menunaikan Umrah & Fardu Haji. Haji kami sepatutnya in 2026 tapi alhamdulillah dalam setahun after mendaftar Haji, kami dipermudahkan olehNya.

Jika masih berada di Selangor, nak juga menghantar mereka sekeluarga. InsyaAllah jika diizinkan oleh Allah, ingin bertemu mereka di Madinah.

"Semoga Prof sekeluarga selamat sampai ke destinasi"

3 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alhamdulliah tempat yang paling baik untuk menentap...semoga di permudahkan segalanya

kurus said...

semoga mereka selamat tiba dan kembali ke tanahair ..

mamaJong said...

Ya Allah..bestnyer..
xpernah smpai ke sana lg..