Friday, 14 October 2011

Cap / Topi collection

Ni hobby Mr Hubby zaman dulu2. Sekarang dia dah jarang pakai CAP sebab "zaman" dah berubah. Dalam erti kata lain, dia tidak perlukan CAP sebab dia masih ada rambut di tengah kepala walaupun uban sudah memenuhi hampir seluruh rambut.

Zaman hubby "budak hingusan" mula2 bekerja, memang selalu travel. (yg suka travel, jadiklah "budak hingusan" :p. Dapat pergi training!!! ). Hubby ikut staff Proton pergi test kereta sampai ke tempat paling sejuk beku. Dia memang suka beli CAP Hard Rock Cafe sebagai collection. Ori lagik !!!! (shhhhh..... elaun banyak!!)

~~ Antara CAP yang masih tersimpan ~~

Ada jugak CAP yang bukan dari Hard Rock, yang dapat souvenier dari sedara and friends, dapat FREE from company / mana2 events.

Ada beberapa CAP yang ada sejarah skit.

CAP Angkasa ini semasa hubby involved dalam misi pertama Calon Angkasawan Negara in 2005. Misi Pertama iaitu ujian fizikal berlari sejauh 3.5 kilometer selama 20 minit. Hubby lulus larian. Bangga giler saya masa ni sebab muka Mr Hubby keluar paper. Tunjukkan pada "makciks" kat kilang. "eh, ni abang long akak ni" .... ciss, muka Abg Long "makcik" tu lagi jelas dari muka suamiku. Dah le Abang Long dia awal2 dah gagal .... tak patut, tak patut !!!!

TAPI Mr Hubby gagal saringan ke2 iaitu pemeriksaan kesihatan. (Dah agak dah!!!) . Mana taknya, besi dalam tangan pun "simpan" lagik.

Takpelah ........... Ada jugak nama hubby tercatit di dalam nama Angkasawan Pertama Negara walaupun ejaan lain skit. Nak jugakkkkkkkkkk tu !!!!! hehe

CAP ni semasa hubby & the geng test kereta ke Egypt pada July 2005. Mereka stayed di Sharm El Sheikh. Tidak sampai 24 jam meninggalkan Sharm El Sheikh, tempat itu kena bom. Jadi highlight news seluruh dunia mengenai bom itu. Dari saya tak ambil tahu nama tempat itu, tetiba wajib ambil tahu.

Zaman MU tengah famous. Eh sekarang famous lagi ke? CAP tahun 2004 ... Korang ada :-) ??

Masalah dulu, kini dan selamanya .... Camne nak simpan CAPs ini? Pernah gantung, akhirnya jadik stor habuk dan tempat persembunyian cicak. Now lipat elok2 pun still cicak suka jugak. Rasanya nak kena beli almari kaca ... TAPI ..... emm ...... Mana pulak nak letak almari kaca tu sebab rumah "cute" ni dah sesak dengan manusia dan barang-barang. Sedekah kat orang?? Mahu kena "pancung" kepala ku ... :-)

Any idea camne nak simpan ??

13 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

curlastt gituew fofuler kejap husband akak khen ngee...darl ai plak dia x suka pakai cap....so x der collection la

World of Azketom said...

dulu, ayah saya pun suka kumpul cap...tapi, kami gantung kat dinding..."wall of cap"

rasp said...

caps yg ada 'sejarah' tu yg 'mahal' kan sis...
tapi tu laaa...
camne ek nak simpan caps tu semua...
no idea lah plak...

ashra said...

samalah hobi dgn hubby saya.tapi hubby saya skang sekali skala pakai gak.

hehe.kadang rmas gak tengok topi die sepah2.sabo je la..

Rawiwa said...

masuk dalam plastic container yg transparent!

che mid said...

Bagus koleksi tu. Simpan kat mana? Che Mid ni pakar membuang, bukan pakar menyimpan.. he he tanya orang lain lah

chekna said...

byknya koleksi.. bleh buat muzium ni...

kasihredha said...

banyaknya...
beli almari kaca

ieja amieja said...

hubby sy x suka pakai cap..sy sblm kawen dulu mmg suka pakai(masa tuh x pakai tdg), tp x ler sampai buat koleksi..

Unknown said...

papa mifz sampai skrg suko pakai cap...

anumuchan said...

amboihh byknye cap..huhuuu..beli almari kaca kot ok..tp psl space tu xtau nk kasi idea tu.uhuuu

NzA said...

kat rumah akak ni pn sama...byk sgt koleksi cap tu...xtau nk simpan kt mana...hu...

Unknown said...

huhu...i luv your hubby's Manchester United caps...old school design and collectors items tu!!....i'm so in love with manchester...tempat i studied for 4years and tempat i met my wife and the mother of mykids...GO GO MANCHESTER UNITED!!!