Location :
Taman ni terletak bersebelahan dengan Seri Negeri (pejabat2 kerajaan). Kalau dari Tol Ayer Keroh, selepas Zoo Melaka kedepan lagi ada traffic light, simpang 4 (Kanan-Mydin, Kiri-Hotel Youth, Kiri Depan - Bangunan Kota Cemerlang). Belok kiri. Jalan depan skit jumpalah. Taman ni belah kiri, sebelum roundabout di Seri Negeri.
Masuk PERCUMA. Memang tak ramai orang. Ada beberapa orang bawak camera gedabak. Ada couple tengah posing dengan cameraman dorang meniarap, terlentang etc... siapa yang nak bergambar sebenarnya? Cameraman pose terlebih !!!! .... ye, tempat ni memang sesuai buat photoshoot.
Saya SUKA sebab suasana kehijauan, lanskap menarik dan banyak pokok bunga. Tapi takde tempat pulak nak guling2. (^_^)
Layan gambar sahaja ye. Semua gambar anak2. Kami pergi ke sini pun dengan baju santai jek.
Golden Chain .... pokok ini menyambut kedatangan kami.
Pokok ni pun dah nampak UNIK bagi saya, tu yang tak sabar2 nak masuk ke dalam.
Entrance .... Kebanyakkan hiasan tiang macam gitu.
Dulu saya suka bunga ni. Berbagai jenis dan color. Dah banyak sangat, buang jek. Nak trim pun tak tahan dengan duri. Tapi cantik pulak bila di deco gini. Semua "tegak" jer.
Mata memang dah berkenan dengan pokok buluh. Teringat Samurai !!! Kena beli jugak untuk rumah sendiri :-)
rata2 Pokok Bunga Raya .... Cantik !!!
Dalam taman ada 2 jenis Fountain. Ni yang terbesar. Belakang tu Office TYT ...
Saya suruh the kids guling-guling atas rumput ini tapi dorang kata rumput tajam. Nak duduk pun terasa menyucuk-nyucuk. Kalau saya yang duduk, lagi le dalam cucukan itu. Almaklumlah, "isi" lagi TEBAL !!!
Bunga apa ni yek? Ada berbagai warna. Cantik !!!
Seram jugak bila tengok 2 gambar ni guna slide show. Kebetulan ambil di angle yang sama. Nabihah in action .. Cer carik Imran.
Dari Anjung Tinjau yang tinggi. Gayat wei !!!
Boleh nampak permandangan ini. Saujana mata memandang.
Tapi seorang budak ni ... gini jer sepanjang di atas anjung itu. ADoiii, boy ku !!!! Kalau suruh berlari, dialah no 1 ...
Antara yang menarik .... Memang menarik for the kids.
Perigi
The kids leka jugak di sini. Bersih air perigi tapi air tak boleh diminum. Mungkin ada yang buat "dajal" kat perigi itu, mana tahu kan? The kids main tarik2 tali tu. Lepas tu dengar le yang berkata, "Wangi air perigi, macam air sirap".... mana taknya, belakang tu ada banyak daun pandan, sure dorang terbau sirap yang selalu nenek buat. Nenek buat sirap letak daun pandan, nak kasi wangi.
Rumah Melaka
Sebab takde orang kan, puas the kids main pondok2. Siap nyanyi lagu raya lagik. Bila teringat cerita CUAK, kelam-kabut larik. Ibu pulak takut nak naik, takut roboh. Pijak papan pun dah dengar bunyi, "Prappp ...." powerful tak ME?
Sebab takde orang kan, puas the kids main pondok2. Siap nyanyi lagu raya lagik. Bila teringat cerita CUAK, kelam-kabut larik. Ibu pulak takut nak naik, takut roboh. Pijak papan pun dah dengar bunyi, "Prappp ...." powerful tak ME?
Sah .... Tiada penipuan, tiada kompromi. Ini adalah pokok ke-1000 ..... apasal tak namakan Taman Seribu Pokok?
Ada jugak Taman Orkid .... geram tengok berbagai species Orkid. Ada yang dah terkeluar dari pasu dan banyak orkid yang dah "beranak-pinak". Rasa nak patahkan and bawak balik ..... geram!!!
Banyak pokok bunga yang cantik. Tak larat nak tepek semua gambar. Cuma kebanyakkan pokok tak diletak namanya. Ada 1 pokok yang buahnya warna merah. Buah macam jambu. Nampak menyelerakan sebab perut tengah lapo tapi takut nak makan.
Tanya the kids,
SUKA TAK??
Jawapannya
SUKA
They are jumping happily :-)
Lepas ni kami bersambung ke tempat lain. Next N3 ye ... Macam jalan2 cuti sekolah pulak.
Pesanan "penaja" : Sila bawa air minuman. Tempat ni luas, kang penat berjalan.
20 comments:
wah...cam menarik jer....sy tgh cari tempat2 yang best nak g bcuti nih....almaklumlah nak cuti skola....
Nuddyra,
Datang ler Melaka, banyak tempat best. Taman Seribu Bunga ni pun sesuai untuk photoshoot Pre Wedding :-)
enjoy tul budak2 tu kan...
luas tempat utk berlari-lari...
mmg tempat nie menarik banget!
cantekkkk kak..
maksudnya ada seribu jenis pokok bunga la ye di situ...
pasni blh masuk list la nak ke sanaaaa...hehehe
rasp,
memang best. Kehijauan & tenang sahaja
SZ,
Tak sure lah memang se-1000 pokok/ pokok bunga. Akak rasa macam lebih jer .. Welkom to Melaka
hola kaka
rindu ai x ngeeee
perhhh ni buat part menari hindustan pow ok gak...guling2 hahahaha
betul sangat cantek :)
Ayu,
Rindu gilers :-) .... Tak sabar nak baca blog Ayu...
wahh..menariknya..
jauh gak den nak gi ni..hehe
hepi tul anak2 ye.lagi2 da abes exam kan.hehe
Ashra,
Kalau daatng Melaka, singgahlah sebentar :-)
cantiknya....thanks 4 sharing, nnti akak nk p cari jugalah tmpt ni..nmpk sgt2 menarik.......slalu ke air keruh ttp xpernah jumpa lak tmpt nie...
hubby suka sangat tempat cam ne tak sesak, anak2 pun selesa nak kemana mana..memang seronok lah
sronokkan bdk2...luas btul tmpat tu... akk ni ssah skit nk bwk bdk2 bjalan jauh2. bdk2 ok, tp si abah diorang cpat btul pnat. dah tua katakan
waaaaaaa...menariknya.da dok melaka nnti wajib terjah tempat ni... :) ehh..kita sama lah kak,dulu lia pun ada pokok duri2 tajam tu...mcm2 kaler ada tp lama mcm malas nak jaga...dan skrg sudah ku buang...pasunya ganti tamam orkid plak....:)
mcm menarik jer tpt nih...sejuk jer mata memandang...kalo bwk mak papa mifz dio suko la nih,dio peminat bunga2 nih...
Kak Nza,
Harus terjah kalau dah sampai Melaka. Sesuai nak photoshoot :-)
Qhaifa Nur,
Betul tu ... tempat nak relaks.
SSL,
Asalkan anak2 suka :-)
Mamamya,
Nanti kita dating sama ...
Papa Mifz,
Tak rugi pergi. Pergi kat tempat orkid pun jadiklah. Memang ralit mata tgk orkid.
wahh memang betul2 menarik.. kalau my hsbnd nmpk ni, konpem die suh gi nak shoot gmbr..hehe
bestnya
akak memang suka bunga..
seronoknyer anak2 tu sume...
btw, klu ade free time nk gi gak la taman bunga kat melaka tu..tp seyes la, melaka mmg byk tmpt best2...=)
Cantik sangat.. Baru tahu tempat ni. Bila2 free, bolehlah nanti singgah. Nampak anak2 akak gembira sangat...
Post a Comment