Tuesday, 29 November 2011

Dulu Cina, skrang Islam

Ni bukan cerita pasal Mualaf okey.

** Diari hati Ayah & Ibu

Dulu kami teringin nak hantar anak ke Sekolah Cina. Hubby yang terlebih beriya-iya benor. Dia bekerja dan saya pun bekerja. Dulu RM bukan masalah bagi kami cuma memikirkan camne nak hantar / ambil anak2 di sekolah Cina itu. Then pikirkan pasal makanan pulak. Nak kena bekalkan everyday, sebab time saya bekerjaya dengan "jayanya", memang jarang saya memasak :-)

Di Melaka ni, sekolah rendah Cina betul2 belakang sekolah kebangsaan. Saya pun dah tak bekerja, mostly everyday saya masak, boleh buatkan bekal. Tapi anak2 kami tetap sekolah kebangsaan.

"Selera" kami dah bertukar. "Selera" dah kearah ilmu Islam. Tu pasal hubby beriya-iya nak carik Sekolah Tahfiz for Imran. He's the only son dan next year dah 5 tahun dan 1st time bersekolah. Niat nak bentuk seorang Hafiz / Hafizah dalam keluarga kami.... walaupun saya dah jelaskan, saya pun "Hafizah" jugak !!! hehehe ... buat lawak bodo kejap.

Sekolah Tahfiz for tadika memang limited di Melaka ni. Kami jumpa sebuah sekolah rendah "private". Mereka terima budak tadika. Dah jumpa dengan the owner, dah berbual dengan dia dan akhirnya kami bersetuju nak masukkan Imran ke situ.

RM mungkin sedikit "goyang" (sebab dah ada "private"), almaklumlah, hubby seorang sahaja yang bekerja dan segala tanggungjawab/hutang dia pikul. Saya pulak terpaksa berhenti kerja part-time as cikgu tadika sessi petang sebab Imran balik sekolah kul 4pm. (10hb ni last day ... sob, sob, sob). Sekolah ni agak jauh skit so rasanya tak berbaloi nak "pasang" driver for Imran dan mungkin jugak for Maisarah yang akan start tuition.

Camne pun memang dah ada "tarikan magnet" ke arah Islamic. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan Imran boleh terima belajar di situ.

Apa2 pun segala pembelajaran bermula dari rumah dan hubby kata IBU lah orang yang paling rapat dengan anak2 dan dapat membentuk anak2 .... Seram dengar you !!! Terus larik ke dapur sebab "takut" nak dengar statement seterus-terusnya.

Hazrat Mu'az al-Johani r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al-Quran"

(HR Ahmad, Abu Daud)

Hazrat Anas r.a. telah meriwayatkan satu sabdaan Rasulullah SAW,
"Sesiapa yang mengajar anaknya membaca Al-Quran, maka segala dosanya yang lalu dan yang akan datang akan diampunkan dan sesiapa yang menjadikan anaknya hafiz Al-Quran akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan cahaya wajahnya seperti bulan purnama dan akan dikatakan kepada anaknya,'mulakan bacaanmu.' Apabila anak itu membaca satu ayat maka satu darjat bapanya akan ditinggikan dan demikianlah sehingga keseluruhan ayat Al-Quran itu habis dibaca"
~~ (HR Tabrani)

SubhanaAllah ..... begitu besar ganjaran untuk kite disana nanti. Memang semua orang nak dapatkan ganjaran itu. Bukan mudah dan semestinya perlukan pengorbanan.

Nota : Anak murid saya next year Drjh 1 nak masuk sekolah Cina. Saya tersenyum sebab tu le impian saya dolu2. Yang nak masuk 5 tahun pun akan berpindah ke Sekolah Tadika Cina.

8 comments:

ashra said...

teringin sgt nak ajar anak baca quran since duk umah ni.tapi saya rasa,takat ajar muqaddam tu leh lah..hehe.kalu quran,saya serahkan pada ustaz ustazah..
mereka lagi arif mengajar..
walaupun kita tau hukum2 tajwidkan..

pstt:seronok tengok orang anak nye tahfiz..rasa cam bertuah je mak ayah die tu..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alhamdulliah
ayu pun actually x brpa nk tenang nk sini bila pikiq bab ajaran agama si adam ni....weols mengajaq dia bc semua just rasa lg better kat mesia blh suruh ustaz or ustazah mengajaq mush better...mak ayah mengajaq ni dia bukan focus sgt...

Chekgu Azrine said...

setuju dengan statement hubby Hami.. yg apa2 pun kita sebagai ibu haruslah jd org pertama mendidik anak2...dan apa2pun semuanya bermula dari rumah..

Unknown said...

semua ibu dan bapa ingin yg terbaik untuk anak2nya kan kak...t'utamanya ilmu yg akan menjadi bekalan di dunia n akhirat...

cerita akak ni lbh kurang je dgn lia..dulu masa blm ada anak (lia 6 tahun kawin baru ada rezeki menimang cahayamata pertama) selalu b'angan nak masukkan anak2 ke sek cina.. dah sek agama sblh ptgnya..

tp skrg bila dah ada anak...lia lbh kpd ingin anak2 membesar dgn ilmu akhirat...

Teratak Hami said...

ashra,
Akak pun sama, bab Al-Quran pas kat ustazah. Tp cuti sekolah ni akak ajarlah sebab ustazah sama2 cuti. For Imran memang akak sendiri ajar Iqra dan dia belajar ikut mood.

Ayu,
Atleast ajar Adam the basic macam solat etc...

Chekgu Azrine,
Tu yang rasa macam nak terputus urat bahu :-)

Mamamya,
Bila umur kita dah bertambah, selalunya kesedaran ilmu akhirat tu lebih mudah nak diterima. Kita jadik lagi sensitif.

NzA said...

2 org anak buah akak pn sk cina...seronok tgk si kakak yg drjah 4 dh fasih ckp cina..akak pn pernah brangan nk sk kan si naurah di srjkc ttp ayah xgitu setuju...so trpaksalah redha....

Betul kata suami TH tu, prmulaan anak adalah di rumah....kalau kita tekankan islamik di rumah, insyaAllah, anak2 akn tahu bawa diri walau di mana mrk brada.....
Bab kata biarlah anak kita cemerlang di dunia n akhirat....

eB said...

alhamdulillah, bgs g2. me skolah rendah skolah tamil. ekekekekeke. menengah kat comvent tapi malam blajor ngaji. :)

working mom... said...

mmg teringin juga nak jdkan khadeja seorg hafizah..lebih2 lg bila tgk dia ada kelebihan dlm bab mengingat dan menghafal...dia mmg cepat lekat...tp tulah nak crk sekolah tahfiz yg baik agak jauh dan kekangan2 lain masih ada...semoga Allah swt permudahkan niat akak...amin.. :)