Monday, 28 November 2011

Kem Cuti Sekolah

Rata2 ada sahaja banner/bunting tentang kem2 motivasi/ kem cuti sekolah untuk anak2. Kalau dalam FB, kawan2 sentiasa update pasal anak pergi kem itu, kem ini .... Ada yang hantar anak pergi Kem Tahfiz selama 2 minggu, seronoknya!!!! Zaman saya kecik2 mana merasa kem2 gini.

Anak-anak kami, hanya Maisarah sahaja yang pernah terlibat dengan aktiviti cuti sekolah ni. Maisarah pernah joined Bengkel Kaedah Mokhdar in Dec 2009 selama seminggu. Tidur asrama lagi pada usia 8 tahun.

Then Maisarah joined Motivasi Aliran Pelajar in March 2010. Kem ni dianjurkan oleh motivator terkenal tu, Dr Tg Asmadi.

Di Melaka, ni 1st time anak2 join kem cuti sekolah. Kem ini akan berlangsung selama 2 hari (8am ~ 5pm), di masjid Bukit Beruang ni sahaja dan bayaran RM65 seorang .... MURAH ???

Bukan setakat mereka 3 orang ni sahaja. Sepupu-sepapat mereka@cucu Hj Mohd Nor yang "layak" (seramai 4 orang lagi) join kem ini. Nasihat untuk anak2, "korang jangan berborak bercakap lebih dari motivator itu" :-)

Semoga mereka dapat ilmu yang bermanfaat !!!

10 comments:

the principal said...

budak yg paling tinggi & paling rendah tu nampak nerd sgt

Teratak Hami said...

Principal,
Budak kembar tak seiras tu. Lahir beza sebulan jer.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

theyols mmg CP muka akak ekk...tang mata ngan kening tue....anak akak yg tengah tinggi tu mmg muka ms muda akak kot ngeeee

Teratak Hami said...

Ayu,
Dah "acuan" dari akak, ada le skit2 serupa kot :-)

kurus said...

budak2 seronok lah kalau ada program mcm nie kan kak .. :)

Acik Erna said...

zaman acik dulu tak de kem2 motivasi macam ni beruntung anak2 sekarang ni kan..

Teratak Hami said...

ieda,
Dorang excited nak pergi. Dari semalam dah carik pikir nak pakai apa etc..

Acik Erna,
Betul tu. Zaman saya pun takde kem2 gini.

Unknown said...

saya pun ada plan nak hantar kem seumpama ini..

tunggu tahun akan datang, Aqil dah tahap 2 masa tu..:)

ashra said...

hehe..syioknye.teringat zaman kecik2 time cuti sekolah...

nazayiena said...

As salam...salam perkenalan,
singgah sini dan follow.