Nota : Pening tengok blog dah bertukar wajah. Petang semalam baru dapat xplore.
Rumah baru kami tengah direpair/renovate. Start renovation from 17/4/2012. Gambar-gambar kat bawah ini untuk buat kenangan sebelum dibuat "apa-apa" pada rumah itu. Rumah design lama. Now tengah "barai", macam kena bom atom kat dalam rumah. Dan idea2 renovation semua dari hubby sebab dia yang keluar RM. Saya FOLLOW jer.
 |
Living.
Rumah kampung memang suka lapang gini tak macam rumah teres, berliku-liku. Saya suka design berliku-liku macam rumah kat Saujana Utama. Ni macam "padang bola", pening jugak nak susun atur perabut. |
 |
Pintu Gerbang
Belah kiri tu ke master bedroom. Yang belah kanan ke dapur. Dan kalau design dolu2 memang "wajib" ada "pagar botol2" macam kat dapur tu kan. Kat luar rumah lagi berderet "botol2". |
 |
| Lantai ini masih cantik tapi hubby nak tukar kepada kayu jugak. So kontraktor awal2 dah kasi pecah "skirting" batu kat tepi2 tu. Takut kami ubah pikiran kot .... hehe |
 |
| Dinding kosong. Dah decide nak letak TV kat area ini. Emmm.... wait & see macam mana kontraktor transform this space. |
 |
| Ini master bedroom. Area ni nak buat kabinet bentuk L. Pada mulanya saya tak setuju buat kat area ni sebab rasa kecik jer kabinet nanti jadiknya. Yelah baju banyak, kalah ARTIS.... hehehe. Baju berbagai-bagai saiz, dari saiz kecil sampai ke saiz besar, tu pasal banyak. |
 |
| Tingkap kat master bedroom. Area ni maybe buat kabinet jugak kot? |
 |
Kitchen
Now dah tinggal batu je pun. Yang lain dah kena pecah. The new design maintain macam ni jugak cuma tambah dapur masak je. Hubby nak buat ruang untuk letak peti ais in between kat area ini but since ruang dapur besar, peti ais tak perlu ler letak kat area ni jugak. Nak tambah PULAU kat tengah2 pun tak jadi. Biarkan dapur lapang gitu, senang nak buat kenduri-kendara. |
 |
| 3 rooms (Laundry room, bathroom, toilet) nak diubah position. Kontraktor akan ubah laundry room ke area toilet dan toilet akan combine dengan bathroom. Hubby suruh kontraktor buat bathroom/toilet tu special skit coz ni bilik air utama untuk tetamu. |
 |
| Salah satu bilik anak. Just nak tunjuk semut2 yang mati bergelimpangan kat lantai tu. Memang banyak semut yang mati sebab owner lama baru buat pest control. Cuma masa renovation ni, semut pun dah tak datang. |
 |
| Siling di living. InsyaAllah nak buat plaster ceiling. Now nampak bumbung jer with wiring berjurai2. |
|
|
|
Plan siap renovation dalam masa sebulan. Dan kami plan nak pindah sebelum RAYA. Ubah plan asal nak pindah selepas raya.
18 comments:
Byk juga yg nak ubahkan,memang nanti semua barulah yea....
Besarlah Hami... puas kalau kakak suka yg lapang sebab kalau tahlil/kenduri senang. Lagi dapur tu kakak suka luas macam tu.. boleh letak meja makan yg sepuluh org duduk. Bestnya...:)
assalam hami..
mmg design umah lama mcm padang bola kan..tapi senang jg klu nak buat kenduri kendara nnt..rasanya wat reno tuh mahu mkn lbh dari sebulan kot..
mesti besar juga belanjanya tu kan...
besar, suka tengok, tp nak mengemasnya mesti banyak guna tenaga tu kan..
Yus rumah semi D taman pun dah rasa penatnya mengemas, lagilah macam tu....harus minta orang gaji dari suami...hihihi.
Tapi mmg puashatilah kak dapat rumah besar macam ni, seronok!
Nazayiena,
Rumah lama nak berwajah baru.
azam,
rumah kampung takde le mahal sangat. Kat Melaka pulak tu.
Kakzakie,
Saya dah biasa duk rumah berliku2, tang dapat rumah gini, pening jugak nak pikirkan. Kalau lapang pun best jugak.
Salam ieja amieja,
Atleast sebelum raya dah boleh pindah. Kang rumah sewa kena bayar, rumah ni pun kena bayar.
yang excited harus tang dapur sebab tu kira tempat terpenting dalam rumah. hehe
wahhh...mmg b'baloi2 lah kak fiza,ni nak renovate pun b'baloi2 jugak RM nyer..heheeee...
x sabo nak tunggu hasilnya nnti... :)
klu kat SU umah gini makan jutaan RM kak...hehehee
besarnya rumah..
terutama dapur tu...syok kalau buat makan2 . Opps jgn lupa jemput akak :)
~yus~,
Kami akan berada di rumah waktu malam dan weekend je kot. So kureng skit semaknya. Agaknyalah :-)
Lya Colours,
Dapur mmg sgt penting wlpn jarang masak ..hehe
Mamamya,
Utk renovate kami survey harga paling murah. Dan juga survey hasil kerja setiap kontraktor. Akak tak sabar jugak nak tengok hasilnya.
mak encik/SZ,
Rumah kami tak sampai pun 1/2 juta.
kak kasihredha,
sudi ke datang rumah saya ;p
luasnyer akak best tgk...
kitchen luas ai suker sbb byk masa habis kat situew....nangesss duduk umah kat nihon kecil sgt..but alhamdulliah ader gak tempat berteduh khen
seronoknya dpt beli umah,,,,,:)
ecah xtau biler.....hohoho
besar dan luas..saya suka rumah lapang luas cenggitu..nak2 lagi bab dapur...
berapa akak akan belanjakan utk renovate nnt ni? mesti besar belanja...
besarnya..suka tengok..hihi..bakal berjiran lah kita..saya duduk kat bukit katil juga..haha
wahh...mesti seronok lepas ni nk masuk rumah baru :)
Ayu,
Rumah Jepun mcm kotak tapi akak suka style OSHIRE kat Jepun.
Cik Ecah,
Slow slow kumpul duit ye
wahida,
renovate around 40k. Maybe kena tambah skit lagi utk benda kecik2 yg lain.
shasha,
Bkt Katil kat mana?
Ijah EmoTemo,
Mesti le seronok nak masuk rumah baru kan.
kak hami..saya duduk taman tun rahah,dekat dengan sek men teknik bkt katil tu..hihi..
besar... luas rumah akak...
nanti dah cantik renovate, nak tengOk ya! mana tau bole jadi sumber idea...
:)
Post a Comment