Thursday, 12 April 2012

Mereka yang ku temui di China

Semasa expo aritu, ada le jugak buat kawan2 baru selain dari orang-orang Malaysia yang sama2 bukak booth tu kan.

Jom layan gambar.

Pakcik Yumiba. (Pakcik "multi-language")

Hari sebelum expo tu start, masa kami tengah setup booth, pakcik ni datang kat saya. Dia cakap "I know your Chief Minister". Kami borak dalam English, dia bagitau jumpa our CM tahun lepas masa CM ke Kagoshima. Bila saya tahu dia orang Jepun, terus le saya cakap dalam Jepun. Dan dia balas cakap Melayu pulak dengan saya.... hehehe .... penings sampaikan bila dia kata pernah kerja kimpalan kat Malaysia, boleh pulak aku tertanya-tanya semula kat dia "Kimpalan?Kimpalan?" . Saya blur kejap Kimpalan tu bahasa apa? boleh?

Stephanie

Minah Cina ni selalu datang booth Melaka sebab dia kata nak belajar English. Dia buat part-time translator kat booth Jepun sebelah tu. Stephanie kata boring sebab kena traslate pasal mesin. Sebab dia translator Jepun kan, so bila dengan saya, dia prefer cakap Jepun sbb bila dia nampak muka ku ini, lidah dia jadik macam terbelit. Boleh tetiba tak keluar perkataan English.

"Makcik" from Iran

Booth Iran berdepan dengan booth Malaysia. Bila saya nampak orang bertudung, terus terpikir nak tanya tempat untuk solat. Alhamdulillah, mereka beri saya ruang stor booth mereka untuk solat di sepanjang hari expo itu. Stor tu penuh barang dan berhabuk tapi memadai untuk saya solat. Inilah dugaan bila pergi negara yang majoriti penduduknya bukan Islam. Nak / tak nak sahaja kan???

Booth yang saya selalu leypaq adalah booth kacang Pagoda dari Malaysia. Sebab dorang sediakan kacang kat depan booth untuk makan ... hehe. Kedatangan saya dialu-alukan. Dia offer selalulah datang makan sebab memang dorang bawak banyak untuk habiskan stok. Kalau tak habis, naya jer nak bawak balik semula ke Malaysia.

7 comments:

yatie chomeyl said...

betul tu kak, kat mana2 pun boleh solat asalkan ingat kewajipan kita

Unknown said...

beshnye jadi akak tade alahan. dah anak ke 5 plak tu...:)

thanks for the advice..:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wah proud ngan pakcik tue...*suka hati pangey pakcik ngeee* akak ckp nihongo dia ckp melayu ekkk...actually senang jer ckp melayu ni...eja ngan ckp sama sbb tue mudah jer

kurus said...

aduhh bila dpt ke china nie huhuh

Chekgu Azrine said...

chomel je akak.. heheeh.. perut dah nampak la..

Unknown said...

jauh perjalanan luas pemandangan....:)

Zurina Hj.Zainal said...

best nya g outstation...