Sunday, 30 September 2012

"PETs" di rumah ini :(

Dah lama menyepikan diri. Ada sesiapa yang ghindu? hehehe.

Hari Selasa malam, hujan lewat (+ ribut kot) kat Bukit Katil ni. Harta-benda dalam rumah ni ada yang "meletup-letup" gitu, termasuklah telefon & modem. So makcik "patah tangan ?? " for a while.

Hari Rabu sibuklah "pakar2" datang baiki yang meletup-letup tu. After mereka2 dah balik, saya selak langsir, konon-kononnya nak menikmati permandangan hijau di luar. Tup-tup .... ternampaklah seekor ULAR warna hitam sebesar batang paip dok menyusur masuk ke laman. Dah geli-geleman seluruh badan. Sebelah rumah kami memang semak-samun (tanah jiran sebelah yang dia sendiri tak larat nak bersihkan), setakat BIAWAK tu, dari anak sampai mak biawak memang dah biasa "main2".

Di saat tengah carik telefon & call hubby, ular tu dah turun ke bawah bukit (rumah kami atas bukit) tapi masih dihalaman kami. Saya keluar dan panggil jiran sebelah. Ular tu nak masuk ke laman jiran. Masa jiran bawak galah, ular tu boleh patah balik ke rumah kami dan pergi ke pokok kelapa pinang yang batang merah tu. Pokok tu memang saya dalam proses bakar2 untuk "matikan" sebab terlalu rimbun. Dah tu ular tu tak kluar2. Last2 dibiarkan sahaja.... Jiran saya kata ULAR TEDUNG. Tong sampah dekat dgn pokok tu so setiap pagi saya main campak jer sampah dari jauh. Nice shoot beb!!! Dan tunggu keberanian datang semula untuk start bakar2 lagi.

Citer panjang lebar ..... Sebenarnya nak bagitau

Kalau korang nampak ular, tak kiralah kat luar rumah pun, calling2 lah BOMBA !!! Dorang kerja 24 hours. Kena calling2 masa nampak ular tu, then kena perhatikan ular tu sehinggla Bomba sampai. 

* Memula kami pikir lawak jer kalau panggil bomba sebab ular tu kat luar rumah

DAN

**Kalaulah saya panggil bomba pada hari itu, tentu bomba tolong "clear"kan sekali pokok pinang tu. Takyah ler saya susah2 nak bakar2 ... huk, huk. Jangan dikesali ...!!!

29/9/2012 (Sabtu)

Kejadian di petang yang hening. Nabihah dok bagitau, "Ibu, tadi Bihah nampak BABI HUTAN lalu kat tepi tingkap bilik Biha. Biha tengah korek telinga (*nikmat korek telinga terganggu agaknya). Saya macam tak percaya sebab bukan ada hutan pun rumah kami ini.

"Macam mana rupa babi tu Bihah" .... dia pun dok explain.

Rupa-rupanya sekumpulan Cina berpakaian macam askar lengkap dengan senapang dok buru babi hutan kat hutan (emm, hutan ke?) di belakang taman perumahan berdekatan dengan rumah kami. Babi hutan "sesat" ke rumah kami, lepas tu entah ke mana babi tu lari agaknya.

*Dengar macam ngeri jer rumah kami ni kan? Tapi sebenarnya rumah kami ni dikelilingi oleh taman perumahan dan jugak rumah2 kampung. PETs tersesat la tu :-)

4 comments:

Nadiah Sidek said...

adoi kak...macam-macam binatang ye ada kat sana? kalau nadiah, duk risau sentiasa kot. memang jenis penakut dengan binatang tu semua. biawak pun geli!

Chekgu Azrine said...

ular tu scary la sis..huhu

Izan Ishak said...

izan ni kak kalau bab2 binatang gitu mmg geli geleman dibuatnya. sblm ni pernha dok umah tepi kebun kelapa sawit byk monyet2 dok berkeliaran sampai takut nak kuar rumah. biawaklah... ularlah... seram!!!

mama ju said...

Salam sejahtera

Wah macam-macam ada..tapi ular tu takut jugak. Kat rumah mama cuma monyet, tupai , kelawar ..