Friday, 14 December 2012

Artikel "MISKIN"

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya,
"Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah,
"Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung.
Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam.
Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.
Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.
Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya.
Si anak tersebut kemudiannya berkata,

"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

12 comments:

Unknown said...

susah nak cari yg "kaya" macam ni sekarang..mungkin bukan kat negara kita.. rumah berpadar pun kena ceroboh tak selamat T_T

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

baguih sekali jawapan si anak tu...istilah miskin tu meluaskan kaka

Rasp said...

anak-anak punya view kkdg membukakan mata kita....

Anonymous said...

adehh.. reverse psikologi dr si anak.

Mixed-family in da house.... said...

Assalamualaikum kak,

saya tak tahu sama ada mahu ketawa atau pun perlu berfikir panjang tetang maksud artikel ini. Tapi jujurnya sebaik sahaja habis baca, ketawa kecil meletus....

hanim said...

Terbaik, untuk direnungi bersama.

Anonymous said...

gd sharing ni tq

kasihredha said...

Allah Itu adil...tak semistinya Miskin tu Miskin semuanya .

NM02 said...

tesirat dalam tesurat

Aziela said...

Tak semestinya ibubapa mengajar anak...

Kakzakie Purvit said...

Anak ini punya pandangan tajam mata hatinya...

nazayiena said...

Bijak anak nie...