Monday, 3 November 2008

Hampir Gelap Duniaku

Jumaat aku terpaksa ambil MC. Jumaatlah hari paling seronok gie kerja sebenarnya. Bangun pagi aku terasa mata aku macam ada yang tak kena and sakit sangat. After bersiap-siap untuk pergi kerja, bila keluar rumah, sakitnya mata aku bila terdedah kepada cahaya kat luar yang terang. Cepat-cepat aku pergi buka contact lense dan pakai spec.

Aku bawa juga kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah tapi masa drive, memang mata kecil dan kekadang terpaksa dipejamkan sekejap. Perit hanya aku sahaja yang tahu. Tengahari pergi Klinik Saujana. Memang mata aku kena infection. Dapat reference letter ke Sunway Medical Center. Hubby terpaksa balik from Melaka sebab dengan keadaan mata aku perit ni, aku memang tak boleh nak bawa kereta jauh. Thanks to Mr Suzuki (boss hubby) sebab membenarkan suamiku balik awal.

Di Sunway Medical Center, doktor check mata aku. Memang dah tahap kritikal. Aku dah guna contact lense dah berbelas tahun, so memang logik if dah teruk. Doktor suggest not to wear contact lense for at least a month.

Husband tertanya-tanya, kenapa aku tak pakai je spec. Aku tak suka pakai spec sebab hidung aku selalu gatal. Dah la hidung ku ini terover sensitivif. Pakai contact lense pun problem juga sebab every week aku kena tukar contact lense even 1 pair/month. Actually bulan 6 aku dah plan nak buat laser mata. Dah buat check-up cuma tunggu keluarkan RM3xxx. Tapi tu la ramai yang tak beri moral support kat aku, termasuklah orang yang jual contact lense sebab they all kata power aku still ok. Not worth it. So until now tak buat laser.

Dengan memakai spec,
(1) aku dapat jimatkan hutang credit card aku. Dah berangan nak beli sunglass Elle / Guess, alah fesyen terbaru yang besar-besar gitu.
(2) dapat elakkan dari orang lain buat dosa sebab aku berangan nak pakai contact lense yang color. Bukan nak glamour, setakat dapat mata macam Zac Efron pun jadilah .... hahaha. Apa-apa pun aku bersyukur sebab masih dapat melihat dunia ini and bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan.

Thursday, 30 October 2008

Annual Concert - menghitung hari

Akhirnya dapat invitation to Q-Dees Annual Concert. Tiap-tiap hari twins asyik cerita pasal concert. Bangun pagi asyik tanya, berapa hari lagi konsert. Ibu layan sahaja. Ada beberapa benda pasal concert yang twins tak puas hati tapi berjaya di"settle"kan oleh ibu .... merungut je kalau ibu beri jawapan yang they all tak boleh terima.
(1) Twins frust sebab tak dapat pakai baju warna pink especially Nabilah. Nabilah kan ala-ala SHARPAY (HSM), semua nak pink. Ibu pujuk " Nabilah putih so takpe kalau pakai baju warna coklat. Budak lain kulit gelap sikit, so kalau pakai baju warna coklat, lagi nampak gelap. <== tak bermaksud kat sesiapa pun, just nak sedapkan hati anak.
(2) Twins frust sebab kena menari di belakang. Ibu pujuk "Alah bukan sentiasa kat belakang shj. Nanti pusing-pusing juga". Menari pun lagu Hindustan, so ibu agak mesti ada pusing2 ala kuch kuch hota hei.
(3) Teacher Emy kata twins menari macam patung. Gerak sikit je. Ibu pujuk dengan memberi kata-kata semangat "Nabihah & Nabilah menari macam Zack dan Cody (cerita favorite they all) .... Come on baby ... shake it!!! Sambil ajuk laku Zack / Cody dlm iklan tu.
Twins sooo excited for the concert.

Wednesday, 29 October 2008

Kerenah Maisarah

Last week dapat surat menyatakan 29/10 (today), murid tahun 1 kena pakai baju sukan sebab ada pemeriksaan kesihatan. Then on Friday, dapat lagi surat, jadual for Kem Bestari Solat (KBS). Pakai baju kurung warna-warni. Jadual KBS untuk kelas Maisarah (1 I) pada 29/10. So jadual dah clash with 2 activities. Buat ibu pening kepala sekejap walaupun Maisarah inform yg 29/10 kena pakai baju raya (for Kem Bestari Solat).

Today, pagi lagi Maisarah dah sibuk plan for KBS, nak pakai baju raya la katakan. On the same time, dia tertanya-tanya, betul ke hari ni ada KBS? Dia suruh ibu tanya Cikgu Ani, penolong kanan yang kebetulan tinggal dekat dengan rumah kami. Then Maisarah sibuk nak pinjam tudung hitam ibu. Ibu sampai tak sempat breakfast prepare tudung, pin tudung, ajar cara pakai tudung untuk Maisarah. On the way pergi ke sekolah KAFA, singgah ke rumah Cikgu Ani. Maisarah tanya sendiri so dia puas hati dengar dari mulut cikgu sendiri.

At 12noon, received call dari Kak Emy. Dia kata Maisarah suruh pakaikan tudung macam ibu, alah pinkan kat belakang & sisi. Dalam hatiku berkata, awalnya Maisarah bersiap!!! Nasib baik Kak Emy ada. Pagi tadi Maisarah dah plan nak suruh Makcik Sal (babysitter yg jaga dia dulu) atau G ( mak Ain - jiran yg tinggal beberapa rumah dari kami) untuk pakaikan dia tudung. Bibik indon tak reti pesen2 moden ni ... Then Maisarah called, suruh ibu confirmkan dengan G (mak Ain)..... Betul ke hari ni kena pakai baju kurung? Kakak takut nanti kawan kakak pakai baju sukan. Tapi kakak dah suruh Farisha & xxxx (lupa nama yang Maisarah sebut tadi) pakai baju kurung, tapi kecuali Atikah kelas lain. <= stail maisarah cakap, susah nak buang perkataan "tapi kecuali".

Pakai kasut ke selipar? dan bermacam-macam soalan lagi ..... Ibu boleh imagine muka excited Maisarah bercakap, mata besar & hidung kembang ... hehehe

Tuesday, 28 October 2008

High School Musical 3

Aku dan hubby bawa 3 daughters ke TGV Bukit Raja untuk menonton High School Musical 3. Selagi tak bawa, anak-anak asyik bertanya sahaja. Mula2 plan nak pergi dengan Abang Kamal’s family tapi sebab kami tak boleh buat decision awal, so we all pergi berasingan. We need to consider babah & ibu yang datang di sini. Tapi kemudian babah & ibu sibuk pergi jalan-jalan with our cousins, so aku sefamily pergilah booked tiket wayang. The next day baru kami tahu Abang Kamal's family ada di dalam panggung yang sama. This movie best, lagu-lagunya pun best. Banyak cintan-cintun yang sometimes buat aku jadi boring. Aku suka semua pelakonnya dan watak baru Rocket Man. Dan aku tak sabar tunggu Chad (Corbin Bleu) menari. Suka tengok video clip dia menari lagu Push It to The Limit ==> Terasa jiwa ku masih muda bila tengok dia menari.... Apa-apa pun tak boleh lawan mata biru TROY. Kalaulah anakku Imran sehensem camtu, agaknya pening kepala nak pilih jodoh.

After that we all "serbu" ke MPH. Maisarah beli HSM3 junior novel, twins beli HSM3 book. Maisarah menunjukkan minta membaca novel HSM3 sampaikan ibu pinjam pun dia marah. Buku yang twins beli penuh dengan gambar and poster sahaja.

Upin & Ipin

Pernah menonton cerita animasi Upin & Ipin at TV9? Actually aku pun tak pernah menonton animasi tu. Anak-anak conquer TV, so selalunya Disney Channel yang they all tengok.

Aku baru tahu yang animasi tu diterbitkan oleh company sepupu aku (Abg Burhan & Kak Ainon - sepupu aku ), Les Coupaque. They all setup Les Coupaque for their daughter yang baru graduate, ambil course yg ada kaitan dengan penerbitan..... alahai, bertuahnya badan!! Walaupun they all kaya, tapi aku tengok very humble and dengar2 rajin juga bersedekah. Alhamdulillah, kesenangan yang Allah berikan, dikongsi bersama dengan yang memerlukan.

So, pada hari Sabtu, parents aku datang sebab nak pergi open house di Les Copaque. Aku & Kak Yaty sekeluarga pun join sama. Tapi before ke sana, aku buat "homework" dulu. Surf internet untuk tengok cerita Upin & Ipin. Makanannya sedap. Ibu kata nasi beriani "kureng", nasi lembik, tapi bagi aku sedap sahaja. Sampaikan babah bersuara " Adik...... apa yang tak sedap". Hai .... terkena perli!!!

Zaiton Sameon pun hadir dengan baju kebaya warna pink. Baru teringat nostalgia 80an ..... Zaiton Sameon salam & cium tangan ibu ku. Rugi pulak tak ambil gambar sebab aku sibuk melayan makanan. Selain dari studio Les Copaque kat area tu, ada restoran Geng Corner (tempat diadakan open house) and WOG (kedai souvenier Upin & Ipin). My kids sempat shopping, habiskan duit datuk kat WOG. Aku sekeluarga meninggalkan majlis around 2pm for next agenda.