Dah lama rasanya tak update blog ini. Aktiviti menulis terpaksa dikurangkan sebab busy dengan kerja sebagai "minah kilang", bisnes, family ......... tak sabar rasanya nak tunggu cuti panjang.
Ini update pasal cuti ke Melaka.
Cuti raya haji lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. Actually balik kampung tapi sebab tidur di hotel, so terasa macam bercuti. Hotel kami pilih terletak dekat dengan Bangunan Stadhuys (bangunan merah tu). Murah dan tak mewah ... tapi ada 4 katil bujang so semua dapat tidur atas katil. Ayah dah standby dgn toto.
Kami sampai agak lewat sebab jalan jam teruk dari Nilai. Sampai bandar Melaka pun masih sibuk lagi. Rupanya Shah Rukh Khan datang untuk ambil pingat "Datuk". Rugi pulak tak bertolak awal, mana tahu boleh naik Menara Taming Sari bersama ... hehehe.
Kami tersesat di Bandar Melaka hingga ke Jonker Street. Buat malu sebab nama sahaja orang Melaka. Dah bertahun-tahun tak ke bandar, so memang banyak berubah di Melaka ni. Banyak jalan dah jadi sehala.
Malam Sabtu kami berjalan-jalan di Banda Hilir, survey tempat dulu. Memang terbeliak biji mata aku bila tengok segala-galanya berubah. Padang Pahlawan dah takde, so dah takde tempat naik kereta lembu. Belakang & depan Mahkota Parada memang penuh dengan bangunan-bangunan. Tapi aku boleh berlagak dengan husband sebab masih ingat jalan shortcut dari Banda Hilir ke hotel di Banda Kaba.
Pagi Ahad kami checkout dalam pukul 10am. Pergi menuju ke Eye On Malaysia. Kononnya takut kena beratur. Lucky sebab waktu kami turun, beratur dah panjang. Gayatnya naik tinggi. Aku tutup mata masa naik atas. Anak2 sibuk nak tunjuk itu ini …
Next, kami naik Menara Taming Sari. Masa ni dah penat sebab berpusing-pusing cari parking dan panas pulak tu. Yang ini kurang gayat sebab space luas sikit kot. Next, menuju ke kapal. Ramai sangat orang, rasa tak selesa. Nasib baik dlm kapal ada aircond.
Then kami naik beca menuju ke A Famosa.
Kalau datang ke Melaka, jgn lupa naik beca. Rasa macam tak complete je perjalanan. Untuk keluarga kami yang ramai ni kenalah naik 2 beca. Walaupun penat, kami gagahkan juga diri ini naik Bukit St Paul. Nabihah sampai menangis sebab hati nak panjat bukit tapi diri penat agaknya. Atlast sampai juga dia di atas.
Turun dari Bukit St Paul, naik beca ke Stadhuys. Kat sini kami rushing sebab beca hanya utk ½ jam sahaja. If terlebih, kena bayar double.
Last but not least, River Cruise. Sempat lunch dengan nasi bungkus sebab kami ada 1.5 hours sebelum boleh naik boat.
Dalam boat, kids semua keletihan. Imran dah tertidur di pangkuan ayah. Teringat masa naik boat di Mines, dia tidur juga. Banyak juga biawak dalam Sungai Melaka. Anak-anak sibuk mengira biawak dari tengok permandangan sekeliling. Cruise mengambil masa 45 minit gitu.
On the way nak balik, sempat lalu di sekolah lama ku masa darjah 1 dan 2, Convent of the Infant Jesus. Tak tahu la kenapa kami bersekolah di sini. Dahla jauh dari rumah. Di sekolah ini permulaan sejarah aku menangis dan tak mahu masuk kelas. Tiap-tiap hari lepak belakang kelas kakak aku. Dan sejarah ini berulang masa aku masuk STF, cuma di STF aku lepak kat phone booth.
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Wednesday, 17 December 2008
Wednesday, 3 December 2008
Swimming class for Maisarah
On Monday (1st Dec), atlast start juga kelas berenang for Maisarah. Dah banyak kali postponed sebab anak2 jiran yang nak join baru lepas berkhatan. Before cuti sekolah lagi aku dah survey for this class. Then ada pulak jiran (Nina) offer diri nak tolong bawakkan, alhamdulillah la.
Kelas berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE). Kami pilih personal coaching for 4 students. Maisarah the only girl tapi dia tak kisah. Bayaran for 8 classes RM550, seorang dalam ~RM137. Registration RM50. Lagi ramai dalam group, lagi murah bayarannya. Class start from 9am ~ 10am, hari boleh pilih and discuss dengan coach. Every morning Nina bawa Maisarah & anak2 dia ke PADE. Weekend maybe turn aku pulak menunggu they all.
The first day belajar Maisarah begitu excited bercerita pasal kelas swimming dia. Dua tiga kali ulang the same story. Kebetulan malam tu anak2 tidur dengan kami & Maisarah tidur next to ayah. Ayah kata terkejut tengok Maisarah bangun then cakap " Macam ni, macam ni" sambil buat gaya berenang. Mengigau la tu. Maisarah bagitau masa tu dia tengah ajar si kecil Imran belajar berenang ... hehehe. Kantoi!!!
Ni gambar class day 2, until today, day 4, Maisarah dah belajar berenang di kolam besar.
Tengok they all berenang, terasa diri ini pun nak pergi kelas. Ni ada contact antara booth yang saya survey. Boleh la call utk sesiapa yang teringin nak belajar berenang.
Supersharkz
Office : Tingkat 1 (sebelah surau), PADE - Nana 012-3912513
The Stealth
Office : Gym2, PADE - 019-2781605, 017-3935487 <== kami pilih ini
Labels:
Permata Hati_Maisarah
Tuesday, 25 November 2008
Dinner di Restoran Le Chateau De Puah
Dinner hari Ahad, hubby suggest this restaurant, Le Chateau de Puah. Nak sebut nama pun terbelit lidah. Hubby surf internet, so sesiapa pun never try this restaurant before. Dinner bersama babah & ibu, kak emy & abg shahrul dan aku sekeluarga. Tempat memang exclusive. Kami buat reservation dan dapat satu bilik yang ada TV. Bestnya.
Ada masakan melayu, barat dan timur tengah, Uzbekistan. Rasa masakan di sini memang sedap sangat & lain dari yang lain.
Hubby makan Samarkhan Stew & Obi Nan. Special order from hubby, Kopi Tunjuk Langit..... bukan menu from Ayah Pin ... hehehe. Aku rasa juga kopi tu, lemak dan tak manis ... sedap!
Aku makan nasi Bukhara Chicken.... perh dia punya kuah chicken tu memang sedap. Then order air Limau Kasturi Sourplum. Sedap, sedap!
Kak Emy order chicken wings. Sos memang sedap. Order lagi satu set chicken wings sebab anak2 aku dah meleleh air liur.
Abg Shahrul order Mee Bandung Muar. Pun sedap juga.
Babah & ibu order nasi goreng, sambal udang & tauhu bakar. Babah suka sangat sambal udang. Memang sedap kata babah.
Overall makanan kat restaurant ini memang sedap. Harga pun berpatutan.
After makan boleh relaks sambil tengok TV. Spa juga disediakan, RM 30 ..... Hubby puas hati sebab restaurant pilihan dia memuaskan .....Thumbs UP! Cubalah try, test ...

Makan-makan
Dinner di Restoran Rumah Thai, SU
Kak Ina and family datang dari Melaka, bawa anak-anak cuti sekolah ke KL. Kebetulan babah dan ibu juga ada di Sg Buloh, jadi malam sabtu kami dinnner bersama. Semua adik-beradik ada kecuali Abang Long. Kami pilih Restoran Rumah Thai di Saujana Utama. Menu macam biasa-biasa sahaja, ikan siakap, tomyam, sayur campur etc....Yang bestnya bila time nak bayar. Menantu lelaki berebut ke kaunter nak bayar. Itu gimiks je. Nak pakai credit card, tak boleh lah .... hehehe, alasan la tu. >Atlast abg ipar dari Melaka tolong bayar. Memang dia dah niat. Tapi harganya, mak datuk, mahalnya ....
Kak Emy, Ariesha, Ardilla, Kak Ina, Abang Ijan .... terima kasih daun keladi. Lain kali, belanjalah lagi
Sunday, 23 November 2008
Anak belajar menjahit, ibu belajar buat kuih
Aku tengah ada semangat nak menjahit. Baru beli buku cara-cara jahit bag. Beli online. Aku sibuk menjahit, 3 daughters & Imran pun sibuk kacau. Then aku get an idea. Aku nak ajar my "anak-anak dara" menjahit la and they all very excited bila dengar my idea..... Aku buatkan bentuk "Love". Then aku suruh they all jahit biasa sahaja. Mula-mula agak kekok juga tengok they all menjahit sambil mulut ni penat melayan kerenah they all. Berbagai-bagai pose & bertukar-tukar tempat duduk untuk dapat keselesaan.
At the same time aku terpaksa tengok-tengokkan Imran sebab semua kakak sibuk menjahit, so dia takde kawan nak bermain.
Dan yang paling tak tahan dengan perangai Nabihah & Nabilah. Sampai merengek bila tak menjadi jahitan they all. Maisarah OK sahaja & jahitan dia kemas. Percubaan they all menjadi juga akhirnya. Tapi ada yang aku terpaksa selesaikan. Tengoklah hasinya ...
Petang Sabtu ibu dan babah datang jalan-jalan ke Sg Buloh. Ibu bawa bekas kuih bakar sebab aku nak minta tolong ibu ajar cara buat kuih bakar. Kuih bakar atau nama lain bahulu kemboja. Kat kampung ibu banyak menerima tempahan untuk kenduri kendara. Boleh la aku buat bisnes kat sini pulak ... hehehe. Aku seorang je anak ibu yang suka belajar masakan special ibu. So far yang jadi favourite kami, kuih bakar & sambal bali (dah belajar last raya). Very simple and delicious.
Pagi Ahad after breakfast ibu dah datang rumah. Ibu & babah tidur rumah kak emy. Daun pandan, tepung gandum, blender semua datang from Melaka. Alahai ... macam kat sini takde. So aku belajar bancuh bahan-bahan. After dah buat bancuhan, kena tunggu sampai buih hilang?? bak kata ibu, maybe around 1~2 jam kot. Sementara tu ibu & babah nak pergi Shah Alam coz nak visit cousin sakit. Aku pulak jenis yang tak sabar. Terus bakar dalam oven.
Percubaan pertama jadi tapi bentuk tak cantiklah. Macam mana pun sekejap je habis. Then bakar yang next & next, try and error, atlast jadi juga, cuma kena improve dari segi ketebalan. Sepatutnya dapat 4 ketul je tapi aku buat dapat 6 ketul. Silap dengar ... Boleh buat minum petang dan dapatlah buat balasan untuk pinggan jiran yang dah lama aku simpan. ** Lupa nak ambil gambar

Subscribe to:
Posts (Atom)