Monday, 17 August 2009

Hadiah from datuk.

My Babah telefon pepagi hari Jumaat, masa aku tengah driving to work. Macam ada "something" important. Babah suruh belikan basikal from Maisarah, duit akan dibank-in kan. Entah apa yang Maisarah pujuk datuk masa calling-calling malam sebelum tu and datuk setuju belikan dia basikal.

Actually Maisarah dapat ranking "boleh tahan bagus" dalam class KAFA untuk ujian bulanan. Aku pernah promised kat Maisarah, if dapat nombor top 10, aku nak beri hadiah. Aku target for Final Exam nanti, try dapat nombor below top 10. Tak sangka pulak KAFA keluarkan nombor untuk ujian bulanan ... hehehe. Maisarah pujuk aku, tapi aku tak layan. Yelah setakat ujian bulanan, dah request basikal .... mewahnya!!! (dah lama dia idamkan basikal baru and besar sikit).

This is Maisarah's new bicycle yang datuk hadiahkan. Maisarah pilih sendiri, so biar dia puas hati.

Datuk and Nenek datang from Melaka and dapatlah tengok Maisarah dan basikal barunya. Thank you DATUK AND NENEK.

Basikal lama Maisarah "diturunkan" pada Nabilah.

Maisarah and Nabilah.

Monday, 10 August 2009

Weekend yang PUAS

Aku terasa betul-betul puas kalau dapat duduk rumah and buat everything untuk suami dan anak-anak. Kebetulan maid pun dah takde, so everything kena buat sendiri. Kalau orang lain maybe tak heran, tapi aku yang sekali-sekala dapat duduk kat rumah, buat kerja sikit, apalagi "heboh" sekampung. Asalkan aku bahagia and happy.... hehehe. Jumaat malam as per Maisarah's request, aku masak spagetti. Start masak dah lewat sebab sebelum tu aku melepakkan diri dulu. Anak-anak memang tersangat rajin menolong, so ada masa aku sangat hargai "kerajinan" mereka. Masak kuah spagetti satu periuk besar and spagetti more than 1 packet. Ayah balik dalam pukul 9pm, so kami dinner bersama. Seronok tengok anak-anak makan. Maisarah sampai tambah 3 pinggan. Paling kecewa dengan Nabihah. Dia yang tolong masak tapi dia yang kata tak sedap. Nabihah makan sedikit sahaja and makan pun macam tak ikhlas. Anyway, semua suka kecuali Nabihah, so aku menang 5-1, bermaksud SEDAPLAH Spagetti yang aku masak.... suka2 buat conclusion sendiri!!! Hari Sabtu aku tak gi berniaga kat pasar tani sebab ayah kerja. Frust sebab Sabtu memang ku tunggu-tunggu. Aku membasuh baju je 4 kali. Cuaca pun panas, seronok membasuh. Lunch makan spagetti lagi. Aku masak sambal ayam. Kali ini Nabilah pulak tolong masak. Anak-anak kami memang suka pedas, so lauk sambal aku hampir kering sebab ramai yang nak merasa masa sambal tu still mengelegak atas kuali. Kalau rasa selalunya hujung-hujung sudu, tapi they all merasa bersudu-sudu. Kalau they all makan nasi dengan sambal, aku nampak sambal je. Nabilah lagilah teruk, keliling mulut selekeh dengan sambal. Entah ikut PEEL siapa agaknya? Hari Ahad aku banyak tidur sebab dah terjaga dari pukul 3am, lipat baju, iron baju and kemas rumah. Tengahari ayah ajak pergi PKNS. Kami lunch di Eiman's Tomyam, TTDI. Selalunya kami makan di QASEH BISTRO, tapi dah jemu. Tengok area TTDI, macam-macam ADA. Pilih je nak makan apa. ANI SUP UTARA, BIGFOOT, NASI LEMAK ANTARABANGSA, JM BARIANI ........ semua sebaris. Kat Eiman's Tomyam ni makanan pun sedap and harga berpatutan. Environment pun ok. Then kami ke PKNS. Ayah nak cari Rehal untuk mengaji. Semangat dan perubahan baru, alhamdulillah!!! Sambil tu aku cuci mata untuk baju raya tapi tak beli apa pun. Tema pun takde lagi. Ikutkan hati aku, nak saje pilih pink, tapi ayah dah reject awal-awal. Dah bertahun-tahun pujukan aku tak berjaya. Balik dari PKNS, aku tidur lagi!!! hehehe .... best kalau tiap2 hari macam ini. After Asar barulah sibuk di dapur, masak nasi goreng, ikan goreng and panaskan Tomyam yang kami tapau. Aku dah pasang niat tak mahu makan nasi waktu malam sebab badan aku bagai dipam-pam. Tengoklah setakat mana termampu :-)...

Thursday, 6 August 2009

Anniversary

5 August 09 - Our wedding anniversary yang ke-9 ... fuhh pagi-pagi dah wish hubby and dia buat terpinga-pinga. Cerita kat anak-anak, lagi la banyak soal. Aku MC sebab selsema tahap GABAN. (Bukan sesaje MC tau!!!). Dah 2 weeks selsema and dah 2 kali ambil ubat di inhouse clinic. Doktor kasi ubat paling power sampai aku tak boleh nak bangun. Sakit seluruh badan. Sempat hantar hubby and anak-anak sampai ke pintu then sambung tidur. Tak lama kemudian hujan pulak tu, sedapnya tidur. For our anniversary, kami makan-makan kat restoran favourite kami "D Melody Cafe". Macam biasa, aku order favourite aku : Set Nasi Ayam Berlada (<-- harga dah mahal sikit!). Anak-anak makan spagetti. Sampai tak cukup sebab kuantiti pun dah sikit. Takpelah sebab anak-anak semua dah suka makan spagetti, aku janji nak buat this weekend. InsyaAllah.... tak susah pun asalkan ada spagetti & Prego. Thanks to Abang yang susah-payah belanja.... hehehe. Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat.

Monday, 3 August 2009

Q-Dees Sports Day

Semalam berlangsung Hari Sukan Q-Dees. Macam biasa, everyday balik sekolah twins begitu excited bercerita pasal sports day. Tapi semalam hanya Nabihah sahaja yang pergi sebab Nabilah demam. Ayah pun demam juga, so they all stay kat rumah. Ibu bawa Maisarah, Nabihah and Imran pergi ke dewan SKSU. Nasib baik ada Clown beri Imran belon!
Muka Nabihah nampak tak ceria pada mulanya. Ibu nak snap gambar pun dia tak mahu. Mungkinkan dia "merindui" Nabilah yang tak dapat join sama. Maisarah pun join juga acara untuk pelajar sekolah rendah. Dapat tempat tercorot ... hehehe ... dapat juga hadiah!!! Paling bersyukur Imran "kureng" buat hal. Ada juga Imran buat adegan-adegan duduk di lantai etc tapi dapat di"settle"kan oleh ibu. Tu la kalau seorang je anak lelaki dalam keluarga, manja teramat!!! Muka ceria 2 beradik!!!
Balik rumah tengok begitu cerianya muka Nabilah tengah tengok cerita Hannah Montana. Akal panjang punya budak!!! Nabihah and friends

Dinner at restoran Jepun

Sempena sambut birthday abang yang dah terlewat, kami makan-makan at restoran Jepun, Ryu Raku pada hari Sabtu lepas. Secara kebetulan Abang Kamal and family ajak dinner bersama, so they all pilih nak makan makanan Jepun. Preparation nak ke Jepun???!!!

Dari dulu abang Kamal ajak kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Jepun. Kami ni ala-ala tourist guard bagi they all tapi tu lah, tourist guard tak berbayar, so lambat la sikit nak kumpulkan duit. Ekonomi tengah "melecet" pulak tu, memang tak sesuai melancong ke mana-mana.

Kanak-kanak order nasi goreng udang. Mak bapak makan mewah sikit ... hehehe. Aku macam biasa makan Saba Teishoku. Abang Kamal and Kak Ina order makanan set, also ada sushi and California Roll. Walaupun mak bapak order mewah, tapi kena share dengan anak-anak. Nak biar kids juga merasa.

Apapun niat aku nak belanja birthday boy macam tak jadi je sebab birthday boy bayar sendiri. Shhh, diam-diam sudah le!!!