Thursday, 28 October 2010

Twins

Aku rasa macam "dibuli" oleh twins (Nabihah & Nabilah). 2 bulan duduk rumah dah rasa macam give-up .... rasa macam nak pisahkan mereka? Seorang hantar ke Mersing, seorang lagi hantar ke Melaka?? Neneks nak jaga tak???

Kalau ada twins, memang terasa "comel", "cute" .... tapi sebab ada DUA kepala, idea, kenakalan pun lebih sikit kot. Tiap-tiap hari aku jadi TARZAN... tu belum lagi time Maghrib, rasa macam ada tanduk terkeluar!!!!

Seorang DEGxx, kuat membebelkan yang seorang lagi, bebelkan rumah sepah ler (sama aku sekali kena bebel, patut ke?) etc ......Yang seorang lagi tu suka makan tapi MALxx nak cuci pinggan/ cawan. Kalau dah makan jajan, suka hati jer mana nak buang. Kalau time nak suruh sembahyang, lagi ler ........ boleh terputus urat leher ni. Lepas tu dengar le suara-suara "firestone" macam "Ibu, NABIxAH sembahyang cepat sangat", "Ibu, NABIxAH sembahyang pakai panties je", Ibu sana, ibu sini ..... tak penings ke? Then before pergi sekolah KAFA, mandi dulu, mandi pulak nak kena berdua, pun nak kena terjerit-jerit suruh cepat. Sempat lagi buat gaya berenang-berenang dalam bilik mandi tu.

Masa break dalam 1.5 jam between sekolah pagi & petang, sempat lagi bergaduh time nak sembahyang, time nak mandi .... melalak-lalak, menangis. Bergaduh kekadang tahap Gaban, seorang dah sumbing sikit gigi depan and yang seorang lagi sampai bengkak kat belakang kena belasah dengan paip .... jiran-jiran pun layan penings dari rumah kami agaknya.

Sebab tak tahan sangat, sometimes aku suruh dorang pergi sekolah KAFA cepat2. Selalu jugak hilang tahap kesabaran aku!!!! Tapi kalau nak suruh dorang senyap, pasang ler TV, masing-masing melopong macam patung. Sakitnya hati bila suruh apa2 pun tak boleh nak buat.

Tuesday, 26 October 2010

Was in Japan

Kawan baik aku posted gambar lama di FB ... hahaha .... "kecilnya" aku masa ni !!!

Meor(Ziah's husband), ME, Ziah, Nety (adik K Hern and Esma Danial's wife, still??), K Hern, Abg Namie

Gambar ni diambil di Tobu World Square. Tempat ni dekat dengan university kami at Tochigi-ken. Naik kereta ~ 1jam jugak la.... Tochigi-ken .... "Ken" tu macam negeri la ... Di Tobu World Square ada 1:25 skala replika bangunan2 yang famous kat dunia ni.... kecik kenot jer bangunan2 tu. Dekat dengan kawasan pergunungan so dingin sahaja kat sini. Selalunya kami pergi time spring. Actually berkali-kali jugak kami pergi coz setiap kali ada "tetamu" from tempat lain, memang Tobu tempat yang akan dilawati.

Antara tempat menarik di area kami, Nikko... memang cantik time autumn.

** Tengok gambar2 lama, terasa nak balik semula ke Jepun. Tapi bukan nak study, nak berjalan-jalan sahaja ... hehehe. InsyaAllah, nanti nak share more pics kat Japan (kena banyak post le camni :-)

Minggu Peperiksaan

25/10 ~ 28/10 - Exam sekolah Kebangsaan
1/11 ~ 4/11 - Exam sekolah KAFA

"Berdoa supaya Maisarah, Nabihah dan Nabilah diterangkan hati, 
dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan. "

Ini final exam mereka, yang sentiasa merisaukan hati coz akan menentukan kelas next year. Setiap darjah ada banyak kelas, A sampai M,N,O,P ... Entah kenapa, mungkin aku terlalu memikirkan soal Haji, so tak ambil berat sangat pasal exam they all. Camne pun sentiasa berdoa untuk mereka. Kita risau tapi they all selamba sahaja. Yang merisaukan bila tanya soalan especially maths, susahnya mereka nak jawab dengan betul walaupun hanya soalan tambah, tolak ... huk! huk! ...

KAFA next week lagilah, kami dah berangkat pun. Salah plan!! Buat rayuan tarikh berangkat on 31/10 coz ingatkan exam dah habis .....

Kakak-kakak sibuk study terpaksa, Imran dah sempat menghafal A-Z tapi selalu tersasul. Huruf "E" selalu tertinggal (ibu suruh ingatkan ayat "E..... gelinya"). And bila sampai huruf "K L M N" , lidah ada tergeliat sikit. Next year insyaAllah Imran akan masuk Q-Dees (4 tahun) walaupun dia asyik cakap nak masuk sekolah Cina. Sekolah Cina ada kat Kuang, jauhnya pulak nak pergi menghantar.

Friday, 22 October 2010

Serunding

Ibu and babah pergi ke Kelantan and on the way nak balik Melaka, mereka bermalam di rumah kami. Hari itu adalah tarikh 10-10-10. Ingat tak kemalangan ngeri on the way nak ke Melaka tu? Alhamdulillah ibubapa kami tidak meneruskan perjalanan.

Ibu belikan serunding 3 kg, yg bestnya sebab tak perlu bayar ... hehehe. Serunding tu untuk kami bawa ke tanah suci. Untuk apa? Of course la untuk makan. Ada orang advise bawa serunding sebab dikhuatiri tak boleh ..... (minta dijauhkan) / untuk menambahkan selera makan. Semasa buat umrah kami tak terpikir nak bawa apa2 makanan sebab tahu kat sana makanan semua HALAL & jangka masa pun sekejap sahaja. Tapi haji mengambil masa yang lama, macam-macam boleh berlaku ....

3kg tu kategori banyak juga. Aku dah siap pack kecil-kecil and seal. Sealer tu beli kat Mydin (harga RM49.90). 1kg boleh dapat dlm 20~25 packs, kalau 3kg mahu sampai balik M'sia pun masih ada lagi. Hubby cakap, nanti kat Mina awak bentang tikar, jual sepeket 2 riyal .... Adoiii, tahu le bini ni suka berniaga tapi takle niat sampai ke situ. Terpikir jugak, kalau lapar di Masjidil Haram and malas nak keluar, bolehle bawa sepack dua dalam beg gantung tu sebagai alas perut. Orang mengunyah kurma, kita mengunyah serunding!!!! Dah dipack kecil-kecil, makin senang nak makan, so sambil menonton TV, sambil mengunyah .... sempat ke serunding nak naik kapalterbang camni??

Antara pesanan-pesanan dari keluarga & friends, jaga pertuturan, perbuatan, perlakuan... jaga mulut, lidah, hati, mata, telinga .... insyaAllah dipermudahkan urusan Haji.