Di Mina kami ditempatkan mengikut maktab. Maktab sebelah-menyebelah sahaja. Maktab kami (Maktab 77) di Jalan 612, kawasan tiang No 10. Khemah luas dan ditempatkan ikut kumpulan. Aku dan kakak2 sebilik dapat khemah No 57P. Khemah kami ada 14 orang. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai. Khemah ada aircond. Toilet tetap jadi masalah and lagi teruk sebab kena share dengan jemaah dari Indonesia. Boleh bayangkan berapa lama nak beratur? Ada orang ambil their own sweet time dengan mandi tanpa pikir orang lain. Alhamdulillah perut & segala saluran, saraf, di badan aku tidak meragam sepanjang di Mina.
Sebelum Subuh kami dah bersiap untuk melontar Jamrah Kubra. Mula2 plan nak pergi waktu afdal (waktu Dhuha) but takut tak sempat nak balik Mekah then kena balik semula ke Mina. Kami pergi sendiri = tak ikut maktab/TH. Tapi memang dah ramai jemaah menuju ke Jamrah. Jemaah M'sia dari maktab lain pun dah mula menuju ke Jamrah. Sepanjang berjalan kaki, ada group yang dah start bertakbir raya. Arab raya awal sehari dari Malaysia.
Permandangan di Jamrah
Sampai di Jamrah Kubra selepas azan Subuh. Kami pergi ke tingkat 3. Masih lengang lagi. After melontar, kami tidak terus bergunting (Tahallul Awal) tetapi kami menuju ke Mekah dengan berjalan kaki. Perjalanan Mina-Mekah ~7km. Plan sendiri tapi dengan kebenaran TH. Kalau ikut TH kena tunggu habis lontar 3 hari Jamrah, baru balik Mekah. Azizi & K Yan nak join sama balik Mekah. Kami tak risau sesat sebab kami mengikut arus jemaah yang sama-sama menuju ke Mekah.
** Perempuan yang takut "terbocor" awal eloklah balik ke Mekah untuk selesaikan Rukun Haji. Hanya tawaf yang memerlukan berada di dalam kawasan MH dan ada wuduk. Rukun Haji & Wajib Haji yang lain boleh dilakukan walaupun "bocor". Tapi perjalanan balik ke Mekah memerlukan tenaga juga.
Selepas melontar Jamrah Kubra on 10 Zulhijjah. Jalan menuju ke Mekah / U-turn
utk ke Moasseim (khemah di Mina)
On the way terjumpa seorang pakcik tua dari M'sia yang tersesat. Kami bawa dia balik ke Mekah. Kesian juga tengok pakcik tu penat berjalan kaki, so half way kami naik teksi. Tak sampai pun 5 minit, dah sampai di Masjidil Haram and bayaran teksi SR10/head. Kami sempat sembahyang raya di MH at 7am. Kanak-kanak ramai di MH dengan berpakaian cantik. Raya le katakan!!!
Kami terus buat tawaf haji, saei dan tahallul thani. Orang tak ramai sangat and keadaan tenang sahaja. Habiskan tawaf kurang dari 1 jam then sambung buat Saei haji. Kami buat Saei di tingkat 3. Memang tak ramai orang compare di tingkat bawah. By 10am kami berkumpul semula ditempat kami tinggalkan pakcik tadi. Bahu dan leher aku dah rasa nak terputus sebab bawa tote bag dan beg sejadah yang disumbat dengan baju-baju. Ingatkan balik hotel dulu :-P We all makan then aku, K Yan dan pakcik tu balik ke hotel. Abang and Azizi pergi botakkan kepala/ "potong" kepala sebab cost untuk botakkan kepala naik SR30/head. Di hotel takde orang. Nasib baik kami jumpa 5 orang di lobi hotel & kebetulan sepasang suami isteri adalah orang kampung pakcik itu. Disebabkan orang TH takde, pakcik tu kami serahkan kepada orang kampung dia untuk bawa rehat di bilik mereka sementara tunggu orang TH.
Saei di Tingkat 3. Masih lengang lagi
After solat Asar di MH, kami bertolak menuju ke Mina. Alhamdulillah kami dah selesai Rukun Haji sebab if lambat, gate bawah di MH dan laluan ke MH ditutup dan dikawal ketat oleh polis, tak boleh nak masuk. Nak sembahyang pun kena pergi tingkat atas. Cuba bayangkan kalau kena tawaf di tingkat atas, bila nak habis?
Bermacam gelagat manusia dapat dilihat on the way to Mina. Kami berjalan kaki jugak. Teksi, bas memang penuh. Dapat tengoklah orang duduk atas van, van senget, van terjongket, van macam sardin etc. Ada 1 van penuh sampaikan muka orang indon yang duduk depan sekali melekat di cermin depan van. Di sepanjang jalan pula memang kotor dengan rambut and pisau cukur bersepah-sepah.
On the way Mekah-Mina. Berdekatan dengan Jamrah
Khemah2 di atas bukit di tempat Jamrah. Confius with this photo.
Camne boleh ada sorang perempuan tak pakai tudung?
Kami sampai di khemah before 7pm and ramai ucapkan tahniah, dapat panggilan Hajjah dah!! coz dah complete Rukun Haji. That night menerima berita kematian kakak yang sakit di belakang aku di Arafah.
