Friday, 18 February 2011

One Drop Perfumes

Mulalah gatal tangan bila tengok ODP kluar design baru. Stok lama pun masih tak habis terjual lagi. Teruja coz dapat wangian yang aku berkenan sangat, Apple Blossom. Ni time aku berniaga dulu, berderet2 orang booking untuk botol yang ni sahaja.

Inspired by Apple Blossom, Body Shop (tanpa alkohol tau!!!)
New design
10ml sebotol
Roll-On
Harga RM25 (tak termasuk kos pos)

Sesiapa berminat, boleh order dengan saya ye :-) Calling2 at 012-3081840 or email to nhfizah_mn@yahoo.com

House compound converted to Extreme Park?

Pada tahun 2008 bulan 11, aku ada bengang dengan jiran yang tebang pokok mangga depan rumah kami di SU ... fuhh, bertahun punya cerita dah !!! Di pokok mangga tu aku pasang buaian untuk our kids main2. Dah takde pokok mangga, takde le main buaian gantung2. Yelah kat mana lagi nak gantung buaian kan? 

Story kat sini aku nak cerita pasal buaian. Buaian tu masih aku simpan lagi. Masuk rumah sewa ni, ada pokok jambu & pokok hiasan. Pada mulanya dua-dua pokok ni nampak macam scary sangat sebab tak dijaga. Daun merimbun. Owner rumah ni dah suruh tebang pokok hiasan tu tapi aku nak jugak sebab nak gantung buaian. Atlast dorang trimmed je kasi cantik. Lepas tu pepandailah kami kemaskan kat area tu. So terhasillah buaian gantung.
Kat sini la tempat kami selalu lepak.
 Nabihah syok sendiri !!!!

Kalau depan mata mak bapak, "sopan" sahaja they all bermain. Tapi bila kami tak nampak, dorang jadikkan macam EXTREME PARK. Terjerit-jerit kegembiraan di luar. Aku yang intai dari dalam rumah pun dah terjerit-jerit. Mana taknya, ketinggian buaian dah rasa macam nak tercampak ke luar pagar.
Buaian di tangan twins! Twins ni banyak idea yang naughty-naughty tau!! Every Jumaat malam dorang akan ajak cousin dorang, Jade (Std 3) tidur di rumah kami. So the next morning, kalau boleh after solat Subuh lagi dorang nak pergi keluar rumah, main buaian.
Nabilah in ACTION!!!

Apa dorang kisah seksi camne pun, janji ENJOY. Twins suka aksi2 extreme. Maisarah suka duduk di buaian warna biru. Kat situ dia selalu "mencari ilham". Semenjak masuk Std 4, sometimes ada homework yang kena buat karangan, BM dan BI then kena baca depan kelas. So now Maisarah pun dah tukar cita-cita untuk jadi seorang penulis novel. Nasib baik tak penulis blog!!! Jangan tak tahu, dia dah ada DIARY!!! Ada masa dia suka baca buku cerita di buaian itu. Her favourite novel "Totally Crushed"  .... coz dah banyak kali tengok dia baca, entah bila le nak khatam agaknya??!!

 Twins memang anak "yang baik". Kan aku dah kata, masih tak percaya??? Di suatu petang, mereka telah menyebabkan pintu pagar rumah tercabut. Kiranya kalau orang nak masuk pun boleh. Dorang takde kerja agaknya, main baling2 selipar keluar pagar. Hubby pulak outstation. Dah senja dengan selambanya mereka bagitau, "Ibu, pagar dah tercabut". Hangin satu badan and apalagi terkeluarlah "tanduk" aku. Aku tak beri dorang masuk rumah and suruh dorang betulkan malam tu jugak. Dah tak kisah jiran2 nampak etc. Then telefon hubby, minta pandangan boleh ke aku "dera" dorang camtu? Kalau ibu2 yang penyayang macam aku... ahaks!!! mesti rasa bersalah "hukum" anak2 kan? Atlast before 8pm dorang dah settlekan.
The next day, hubby cakap pagar tu memang dah reput, memang tunggu masa jer nak tercabut..... Eh, macam nak buat aku rasa bersalah jer??? Nasib baik mulut aku je bising, rotan aku pegang sahaja. Tu pun dah boleh buat dorang meleleh .... DRAMA betul!!

Friday, 11 February 2011

Apam Gebus

*This post specially dedicated to "someone" yang dah 2 kali called coz tak sabau2 nak baca post pasal Apam Gebus.... takde menda pun, just nak show, show sahaja ...:-)
 
Masa majlis perkahwinan Dibob, someone sponsered apam yang comel and apam tu kami masukkan 2 ketul dalam plastic bag, seal then masukkan dalam goodie bags yang akan diberikan pada tetamu yang datang. Ada juga benda lain dalam goodie bags for tetamu selain dari apam. Kesian orang yang incharge for goodie bags, iaitu ME coz dok terliur tengok apam yang cute bangat. Banyak juga yang dah masuk mulut tapi kena cover-cover juga la ye ... hehehe.

First time buat apam ni iaitu before CNY, gambar tak sempat snap coz tak sempat hidang, dah diNgap! Lepas tu beberapa ketuls selamat distribute kat PAMA & sedara-mara di Bukit Beruang. So ni hasil 2nd time buat.



First time buat apam ni, design kat atas main conteng-conteng sahaja. This time buat polka-dot with 2 combination colors. Dapat ilham dari pakar kek & deco cupcakes, Lynn Hasan. Amacam?? Chou kawaii deshou !!?? Lagi berselera ME & the kiddos makan. Seloyang hitam tu gave to PAMA. Babah terpegun!!! (ke buat-buat terpegun?? hehe). As appreciation (kot!), ME and the kiddos dapat makan lunch FREE for 2 days di rumah PAMA. ♫♫♫♫ lalalala ♫♫♫♫ 


Gambar sebelah kiri ini ialah Ovalette. Gunanya untuk gebukan kek and selalunya guna bila buat Kek Sponge. Tapi jangan terlebih guna pulak sebab takut merekah2 pulak kek. Ikut resepi betul2 la ye :-) Aku pun baru tahu and try masukkan sikit pada Apam Gebus :-) Memang rasa "lopong" skit apam kali ini. Jenama yang aku terjumpa / guna .... Nur

Saturday, 5 February 2011

Menderma

Bila kita bersedekah/menderma, patut ke diwar-warkan? Niat ikhlas tak perlulah di"heboh"kan kerana boleh menimbulkan riak kan?

Kami berada di kampung Mersing. Kebetulan ada karnival di tepi laut. Karnival ini dianjurkan untuk amal Palestine. Selalunya pada waktu petang memang kami lepak di tepi laut, makan keropok lekor sambil anak-anak bermain di playground. Alkisah Hubby jalan-jalan di karnival untuk cari keropok lekor.Tengah berjalan, hubby ternampak Tabung Derma for Palestine. Dia pun masukkan RM1. Tiba-tiba petugas yang tengah pegang microphone boleh bersuara "Seringgit sahaja bang" .... apa reaksi korang kalau terkena situasi camtu?? Hubby memang bengang sebab macam mematahkan semangat orang nak menderma/ sedekah. Malu pun ada coz terkena ditempat awam. Petugas tu terus mengalihkan pandangan setelah hubby tengok ke arah dia. If terkena pada diri aku, mungkin aku akan cakap "face to face" ....

Untuk petugas2 kerja amal, awak buat kerja amal, insyaAllah dapat pahala tapi janganlah patahkan semangat orang nak menderma. Apa yang kau harapkan dari orang menderma? RM50? RM100?? Dan tak salah jika cakap "Terima kasih" sahaja.

Our new life in Melaka

Ini rumah sewa kami di Bukit Beruang. Kami pindah ke rumah sewa ini on 2/1/2011. Rumah kecil with 3 rooms, 2 toilets and kitchen. Rumah style kampung tapi yang bestnya sebab ada tanah yang luas. Ada pokok pisang, jambu, mangga, avocado etc. Belakang rumah ada gaung@kebun orang. Pada mulanya takde pagar then request to tuan rumah suruh buat pagar. Takut le anak-anak jatuh kat gaung belakang tu. Depan rumah jalanraya and bertentangan dengan rumah ialah kubur Cina. Atas bukit depan rumah ialah Istana Melaka. Senang nak cari, just cari signboard to Istana Melaka atau Jalan Istana. Taman ni juga berdekatan dengan Pantai Medical Center, Jusco, masjid dan sekolah. Semua tu dalam 300 m ~ 500 meter sahaja. Dan paling best berdekatan dengan rumah PAMA.




Kids sekolah di Sek Keb Bukit Beruang. Dorang ni dah 3rd generation. Ibu aku, then aku & sisters and now turn the 3 kids pulak yang sekolah di sini. Ramai pulak sedara-mara lain kat school. Anak-anak sedara aku pun sekolah sini jugak. Setiap darjah ada 3~4 kelas sahaja dengan ~40 students/class. Pada mulanya Nabilah tak suka sekolah sini and stay di Melaka sebab katanya, KAMPUNG LA IBU.... isshhhh, meluat tak dengar??? Kononnya macam orang town masuk kampung ler tu. 1st day sekolah buka, aku dah terjumpa colleague masa kerja Toshiba dulu. What a small world!!!! Tak sangka di kampung jumpa coz dorang ni pergi jalan2 oversea sahaja.

Sek Keb Bukit Beruang

Petang the kids pergi Sekolah Agama (KAFA). Sekolah Agama kat sini hanya 3 hari sahaja. The twins hari Isnin - Rabu & Maisarah hari Rabu - Jumaat. Setiap hari pergi & balik sekolah the kids naik kereta walaupun rumah dekat sahaja. If di SU maybe Imran dah sekolah di Q-Dees tapi di sini maybe tunggu dia 5 years.

Bestnya tinggal di sini sebab dekat dengan rumah PAMA. Kalau rasa malas nak "asapkan" dapur, boleh keneng2 di kampung. Sometimes di"bekal"kan lauk untuk makan malam juga. Bila suami outstation, lagi rasa safe. In 5 mins babah boleh sampai di rumah kami. Pernah Nabilah demam panas waktu malam and hubby pulak outstation, bukan takat PAMA, my sister pun melawat sama. Sedara-mara pun ramai. Di sini  aku dah pernah bertugas jadi "driver" to Ibu and Busu yang buta ke klinik. Dengan Ibu pernah Ibu bayarkan Nasi Ayam yang aku order for lunch. Ibu kata "Adik bukannya kerja pun, duit minyak pun Ibu tak bayar"..... auw, auww .... Rezeki jangan ditolak!!!