Monday, 9 May 2011

Mee Racun @Qasreena Cafe, Taman Puncak

Hubby texted in the FB : "check it out....hujung minggu ni kita explore http://nisayachiru.blogspot.com/2011/04/tempat-makan-best-di-melaka-selain-ikan.html "

Saya begitu teruja sebab dah lama cari restoran yang best2 untuk acara makan2 di hujung minggu. Dan paling penting, hubby nak belanja, harus tunaikan :-)

Kami pilih untuk ke Qasreena Cafe, Taman Puncak, Bukit Katil. Selalu dengar pasal restoran ni from my sister, so kena pergi juga!! After Maghrib hari Jumaat, kami ke sana. Cafe ni memang "pelik" locationnya tapi perniagaan nampak maju. Maybe masakannya sedap, customer silih berganti and servis pun cepat.

Menu kat sini pun pelik2. Apa kami makan?

Hubby pilih Mee Racun. My friend told me that Mee Racun paling sedap di Batu Pahat. Emm, jauhnya... maybe next time!! Rupa & rasa Mee Racun macam Mee Hailam tapi pedas sangat2.

And hubby ordered Bandung Soda. Orang Johor suka lah ni. Ada 3 layers, Susu, Sirap, Soda.

Nabilah ordered Mushroom Soup. Banyak tangan berebut2 nak merasa tapi Nabilah kedekut.

Kedekut tahap Gaban. Kesian her twin, Nabihah hanya mampu merenung!!

Lucky Boy, Imran ... berjaya mengecek!!

Imran ordered Chicken Chop. Berselera sungguh dia makan. Tak padan yang gigi rongak, selera Western tu!!!

Maisarah ordered Snack Bucket. Nabihah tak order apa2. Pelikkan sebab dia budak yang suka makan. Walaupun tak order apa2 tapi dia tetap kenyang sebab semua makanan orang lain dia rasa.

Saya ordered Roti Canai Western. Tak ada .. (frust!) then ordered Roti Tampal Jantan (2eggs). Nak sebut pun malu. Takde lagi (frust 2nd time!). Akhirnya pilih Nasi Goreng Belacan Tanjung Kling. Tak padan hidung yang sinus teruk!

Saya kepedasan!!! Saya hanya makan beberapa suap sahaja and hubby tolong habiskan.

Deria rasa saya tidak berfungsi on that day disebabkan sinus, so saya tak dapat menikmati makanan. Alahmdulillah kenyang jugak. Tapi bab pedas, masih boleh terasa. Semua menu yang kami pilih ni memang SEDAP. My hubby & anak2 suka.

Friday, 6 May 2011

Pembuka Tin

Entah apa2 le entry. Dah tu apa lagi "makcik" nak celoteh kalau bukan pasal dapur. Kang buka entry pasal 6 Sigma, lagi le tak sesuai .... ni sebab baru ke dapur teringat nak berceloteh.

Saya selalu guna untuk buka tin susu pekat. Then lepas dah guna susu tu, simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna susu, kenalah panaskan dulu tin supaya susu senang keluar. Nak senang, beli sahaja yang penutup senang buka tu tapi beza harga ~20sen jugak kot dengan yang biasa. Saya dah habiskan banyak RM untuk pembuka tin. Tapi takde le sampai ratus2 RM.. hehehe. Dulu time muda2, baru masuk rumah sendiri, dah banyak jenis saya beli. Nak yang buka tepi, atas, semua ada. Selalu cepat rosak, cepat berkarat & mudah tumpul. La ni saya guna yang jenis zaman dulu2, harga pun murah and tahan lama.

Kedai RM2 pun ada jual.

Ni saya nak share cara nak guna pembuka tin antik ni. Nampak macam remeh tapi dulu saya pun tak tahu guna, tu pasal beli sampai berpuluh2 RM. Yelah kat tempat kerja mana pernah cerita pasal pembuka tin kan? Gossip lagi best agaknya!!!

Senang sahaja. Tebuk 2 lubang. Kena sengetkan skit pembuka tin tu menghala ke belah kanan. Lepas tu jalankan ke hadapan macam potong biasa turun naik, turun naik. Dulu saya tegakkan pembuka tin, memang payah!!

Senang kan? Lepas ni kalau terasa-rasa nak buat teh tarik/ kopi susu sebab dah jemu minum 3 in 1, Kopi Janda, Kopi Jantan etc .. takyah ler terjerit2 manja suruh isteri bukakan tin ye, dengar jiran sebelah nanti !!!

Wednesday, 4 May 2011

Kerja paling MALAS nak buat.

Rahsia terbongkar ... khahahahaha ...

Dari dulu sampai sekarang saya memang tak suka ini kerja. Saya sanggup basuh baju beberapa kali dalam satu hari (macam le family sedozen), sidai baju ketika panas terik TETAPI part lipat baju, saya FAIL menjadi seorang SAHM !!!

Kenapa jadik "M", saya pun tak tahu. Kesian kerusi buluh itu. Dari rumah dulu sampai dah pindah-randah, kerusi tu lah tempat "humban" baju2 yang tak berlipat. Tapi selalunya takde le berlonggok tinggi seperti di dalam gambar. Weekend lepas kan asyik hujan sahaja, tu pasal longgokan baju2 tinggi skit dari biasa.

Saya ajar juga anak2 lipat baju sendiri tapi buat masa ni tak sampai level yang memuaskan saya. Level saya adalah susunan baju yang dah dilipat mestilah straight / sama saiz untuk semua baju, ala macam duk kat asrama dulu. Perhhh .... dah le M, cerewet plak tu!!!! So dari saya kena buat double job, dorang lipat seluar kecil masing-masing pun dah cukup bagus.

Tambahkan kerajinan untuk senangkan kerja ..

Soalan Cepumas :-)

Apa kerja rumah yang korang tak suka buat??

Cuba cer citer cer citer skit ....

** Tinggal di asrama, bila warden buat spot check secara mengejut, masing2 kena buka locker. Nasib le siapa yang suka sumbat2 baju tu!!!

Tuesday, 3 May 2011

Jangan Berkata "KALAULAH"

*Sumber dari Diari Islam 2011 (1432-1433H) - diterbitkan oleh wholesale-mart business point sdn. bhd.

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda:

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu", akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya".

Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

Sunday, 1 May 2011

Menabung

Berita Harian today (1 Mei 2011) melaporkan "Hidup melarat selepas bersara".

KUALA LUMPUR: Selepas bersara satu hingga 10 tahun, hampir 100 peratus pencarum yang mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia 55 tahun tidak lagi mempunyai wang simpanan hingga ada antara mereka hidup merempat atau menjadi penghuni rumah orang tua.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Johari Abdul Muid, berkata akibat salah guna wang caruman itu, kira-kira 70 peratus pesara menghabiskan wangsimpanan hari tua mereka antara tahun pertama hingga ke-10 selepas meninggalkan pekerjaan, manakala 30 peratus lagi hilang sumber kewangan selepas tiga tahun bersara kerana bergantung sepenuhnya kepada caruman.

Seram tak membacanya?? Saya termenung sekejap baca artikle ni. Yelah baru merajuk dengan hubby, nak pergi Danau Toba for cuti2 sekolah ni tapi macam tak di"approve". Lepas baca artikel ni ...... ku delete segala angan-angan!!! Plan nak pergi vacation end of this year (angan2 lagi!! 20% shj boleh caya tau!!). Takkan ler 2 kali setahun kan?? Dah le saya ni SAHM jer!!

Sesiapa yang still bekerja, masih ada "kederat", simpanlah duit tu. Memang ramai yang berfikiran, "Penat bekerja, this is the time nak Enjoy pulak". Dulu saya pun macam tu jugak!! :-). Tak kisah le korang nak pergi vacation ke mana pun, nak beli handbag Coach ke .... kenalah beringat di hari tua. Ke mana pun korang pergi, "makcik" tak jeles ... huk, huk ... tapi jangan ler post gambar2 vacation, handbag coach korang di FB / blog ... "makcik" boleh jadik jeles secara tiba2.

Untuk pembaca setia blog Teratak Hami (ada ke??). Ni saya nak hadiahkan Dinar Emas kat korang. Jangan korang leburkan ye!!!