"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Sunday, 31 August 2008
Di ambang merdeka
Tahun ini sambutan kemerdekaan bagi negeri Johor diadakan di Mersing. Kami tak mahu ketinggalan untuk merasai saat-saat bersejarah itu. Malam merdeka, setelah tidurkan Imran, saya, husband dan 3 orang princess pergi untuk menyaksikan perarakan kereta berhias dan nak tunggu detik 12 malam (kononnya!). Terpaksa menapak agak jauh juga sebab banyak jalan telah ditutup. Namun kami tetap berjalan dengan seronoknya menuju ke tapak pentas utama.
Kami agak terlambat untuk menyaksikan antara kereta berhias yang terawal. Selain dari persembahan kereta berhias, ada acara bunga api dan banyak lagi acara selepas itu di pentas utama. Tapi memandangkan keadaan yang sesak, anak-anak kami mengamuk nak balik. Frust sebab tak dapat tunggu detik 12 malam. Dengan berat hati, kami pun beredar dari situ. Dalam perjalanan balik menuju ke kereta, kami bertemu lagi dengan perarakan kereta berhias. So dapatlah kami tengok kereta berhias yang kami tertinggal tadi. Sampai di rumah terus tertidur. Rasanya ayah seorang sahaja yang tunggu detik 12 malam. " SELAMAT HARI MERDEKA".
Labels:
Family activity
Pokok-pokok di rumah mertua
Geramnya tengok pokok-pokok di rumah mertua. Kawasan rumah memang luas + tangan mak mertua "sejuk" agaknya, so bermacam-macam pokok ada di sini. Rasanya kalau kat rumah sendiri, sehari suntuk saya akan habiskan di kebun.






Dari pokok hutan, keladi hingga ke orkid semuanya ada. Kalau kat belakang rumah, pokok cili, serai, daun kesum, pokok kari, pokok limau purut & macam-macam lagi. Mak mertua memang suka memasak, so tak perlu membeli setakat nak guna sikit sahaja. Semuanya hidup "segar-bugar". Boleh buka nursery.










Dari pokok hutan, keladi hingga ke orkid semuanya ada. Kalau kat belakang rumah, pokok cili, serai, daun kesum, pokok kari, pokok limau purut & macam-macam lagi. Mak mertua memang suka memasak, so tak perlu membeli setakat nak guna sikit sahaja. Semuanya hidup "segar-bugar". Boleh buka nursery.




Labels:
Gardening N Lanscaping
Kampung Husband - Mersing
Pada 30/8/2008 sempena cuti hari kemerdekaan 3 hari, kami balik ke kampung Ayah di Mersing. Sudah berbulan-bulan kami tidak balik kampung. Kali terakhir kami balik adalah pada bulan February, sempena Tahun baru Cina. Kami bertolak dari Saujana Utama pada pukul 5 pagi. Kejutkan anak-anak dari tidur dan tanpa mandi, mereka semua bersemangat nak balik kampung. Kami singgah di Puchong sebab nak hantar makcik (bibik) ke rumah anak saudaranya.
Mr Suzuki (boss ayah) & wife ikut kami sebab mereka hendak pergi ke Pulau Tioman. Kami berjumpa di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Kami sembahyang dan bersarapan. Selepas itu kami meneruskan perjalanan terus ke Mersing. Mula-mula ada terpikir nak stop di Kluang Station, pekena teh tarik and roti bun tapi memandangkan boss ayah nak ambil bot ke Pulau Tioman, kami terpaksa batalkan niat murni itu. Perjalanan dari Melaka ke Mersing mengambil masa selama 3 jam lebih. Mungkin kami boleh sampai lagi awal, tapi Mrs Suzuki dah pesan jgn bawa laju-laju, so kami terpaksa ikut walaupun beberapa kali mereka tertinggal jauh di belakang. Sampai di Mersing pada pukul 10:30 am. Mr Suzuki & wife bertolak pergi ke Pulau Tioman menaiki bot pada pukul 11:30am.
Semangat kemerdekaan bapa mertua tetap diserlahkan hingga ke rumah. Every year dia akan gantung bendera. Dah macam rumah menteri pula.
Aktiviti di kampung semestinya 1st day .... TIDUR. Letih sungguh perjalanan. Anak-anak pula menonton TV. Husband ada 2 orang adik-beradik sahaja, jadi pada hari biasa mak and bapak mertua sahaja yang ada di rumah ini. Kakak pun tak kahwin lagi, so my kids sahaja cucu-cucu mereka. Rumah jiran pun jauh antara satu sama lain.
Aktiviti-aktiviti my kids.
Inilah aktiviti anak perempuan. Habis pokok bunga nenek, di"togel"kan oleh bebudak ini.
Labels:
Family activity
Thursday, 28 August 2008
Petua Elak Hidung Tersumbat
(Forward email dari Kak Maziah)
Kalau terkena selsema, pastinya hidung kita akan tersumbatkan? Terutamanya bila waktu malam masa nak tidur. Kalau hidung tersumbat, memang susah betul nak bernafas. Kalau hidung korang tersumbat macam tu, biasanya apa yang korang buat untuk mengurangkan kesumbatan hidung tu? Sapu dengan minyak cap kapak? tiger balm? kalau anda sapu ngan minyak angin camtu, mungkin ianya memberikan sedikit kelegaan, tapi masih belum cukup berkesan. OK, sekarang saya ajar anda satu petua yang sangat berkesan untuk mengelak hidung kita daripada tersumbat. Begini caranya ;
- Ambil halia dan hiriskan (atau nak lebih bagus, sagat halia tu)
- Masukkan halia yang sudah dihiris atau disagat dalam segelas air panas (air jangan banyak sangat)
- Ambil tuala kecil/sapu tangan dan rendamkan dalam air halia tadi (biarkan sehingga kira2 5 minit)
- Perahkan tuala kecil/sapu tangan sikit (jangan perah sampai kering pulak)
- Tekapkan pada bahagian permukaan lubang hidung dan sekitar mulut
- Tekapkan dan dalam masa yang sama, tarik nafas panjang2 ikut hidung. Lepas 4-5minit, insyaAllah pasti hidung anda tidak akan tersumbat lagi.
Labels:
Article
Exam papers
Yesterday, while having dinner with Maisarah, she told me that she got her exam's paper. I was so excited to hear that. What did you get, kakak?? As usual her favourite answer " Ibu tengoklah dulu". Very safe answer.
After coming back from mengaji, then I had enough time to check her exam papers. Wow ... not bad!!!! Only got Science & Bahasa Arab papers. Careless mistakes for Science, she lost her marks on simple questions and of course she laughed at that. All in English. I asked Maisarah " Kakak buat sendiri ke?". Then she answered " Yelah, ini kan periksa mana boleh tiru. Demi Allah kakak buat sendiri". Wah! Bila pulak she knows to say "Demi Allah...". Nasib baik dia tak sebut " Kakak bersumpah ...", nanti jadi kes lain pulak.
I'm not sure how the students learn Science in english. Susahnya!!! Every single word need to be understood. They will face problems if they dont have basic understanding of the English language. Risau with my twins, suka main-main. But sometimes Nabihah/Nabilah take me by surprise when they utter english words that I myself cant figure out the meaning ... hahaha. As of this date, I'm still "lembab" in english and trying very hard to practise the spoken English with my kids & my collegeues. Teacher Emy ... bila nak buka class?
Labels:
Permata Hati_Maisarah
Subscribe to:
Posts (Atom)




