"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Sunday, 31 August 2008
Di ambang merdeka
Tahun ini sambutan kemerdekaan bagi negeri Johor diadakan di Mersing. Kami tak mahu ketinggalan untuk merasai saat-saat bersejarah itu. Malam merdeka, setelah tidurkan Imran, saya, husband dan 3 orang princess pergi untuk menyaksikan perarakan kereta berhias dan nak tunggu detik 12 malam (kononnya!). Terpaksa menapak agak jauh juga sebab banyak jalan telah ditutup. Namun kami tetap berjalan dengan seronoknya menuju ke tapak pentas utama.
Kami agak terlambat untuk menyaksikan antara kereta berhias yang terawal. Selain dari persembahan kereta berhias, ada acara bunga api dan banyak lagi acara selepas itu di pentas utama. Tapi memandangkan keadaan yang sesak, anak-anak kami mengamuk nak balik. Frust sebab tak dapat tunggu detik 12 malam. Dengan berat hati, kami pun beredar dari situ. Dalam perjalanan balik menuju ke kereta, kami bertemu lagi dengan perarakan kereta berhias. So dapatlah kami tengok kereta berhias yang kami tertinggal tadi. Sampai di rumah terus tertidur. Rasanya ayah seorang sahaja yang tunggu detik 12 malam. " SELAMAT HARI MERDEKA".
Labels:
Family activity
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment