Tuesday, 26 January 2010

Happy Birthday Teratak Hami

Today 26/1/2010, genaplah 8 tahun kami tinggal di "syurga" kami ini. Kami tinggal di rumah ini dari Maisarah berumur 4 bulan, now dia dah darjah 3.

Aku suka-suka namakan rumah kami "TERATAK HAMI", bukan setakat blog ni sahaja. Macam le tinggal kat banglo kan?? Dah nama pun suka-suka. Babah aku dulu kerja kat Pejabat Pos then aku tanya babah, boleh ke letak alamat rumah start dengan TERATAK HAMI then baru nombor rumah, jalan etc? Babah said "No Problem". So surat-surat yang ke alamat rumah kami tertulis TERATAK HAMI, tapi tak semua la.

Dalam 8 years, 2 kali renovation telah kami buat. 1st buat tiles di porch. Then 2nd renovation yang melibatkan berKK jugak habis. Kami besarkan belakang rumah sampai ke pagar, dapur jadi besar and tambah bilik di tingkat atas. Next renovation, tak tahu le bila agaknya. Tapi kesian tengok rumah kami, dari rumah yang ada nombor sampai jadi rumah yang tak bernombor sebabnya nombor rumah dah tertanggal, tak terpikir nak betulkan ... hehehe ...

No comments: