Nabilah yang sakit dah tentu merisaukan kami. Tapi Nabihah yang tak sakit lagilah merisaukan. TWINS le katakan!!!! Nabihah dah start merajuk sebab ayah tak beri dia ikut bawa Nabilah ke DEMC. Dia tak tahu Nabilah kena tidur hospital sebab dia dah tertidur masa ayah balik untuk pack barang.
The next morning, bermulalah DRAMA. Tajuk lagu Anang, "SEPARUH JIWAKU PERGI". Nabihah merengek taknak pergi sekolah. Puas jugak memujuk tapi dengan muka SEDIH+SYAHDU+SAYU+PILU, dia bersiap-siap juga. Muka monyok sepanjang masa!!!
Suruh breakfast, taknak. Then ibu pesan "Nanti bila masa rehat Biha beli makanan ye". Nabihah jawab "Taknak, Biha taknak rehat. Biha nak duduk dalam kelas sahaja. Nabilah takde". Bercucuran lagi airmata. Ibu kena hantar sampai ke kelas. Tinggalkan dia masa perhimpunan. Masa tu tengok dia macam ok sahaja.
On the way ke DEMC, dapat call dari cikgu. "Nabihah demam ke puan? Dia kata dia demam, nak balik!!!". Terdengar-dengar suara Nabihah menangis. Aduh..... ingatkan dah OK. Aku bagitau cikgu Nabihah moody sebab twin dia takde. Dia tak demam, so biar sahaja dia.... kesian pun ada, nak gelak pun ada!!!
Balik sekolah selalunya twins berjalan kaki sampai ke rumah babysitter. Tengahari tu aku call, Nabihah dah ceria and bersiap nak ke sekolah KAFA. Babysitter cerita Nabihah balik dengan mata bengkak (puas menangis kat sekolah agaknya) and mengadu penat. Mana taknya dia tersilap jalan!!! Sepatutnya naik tangga di sebelah sekolah terus jalan ke rumah babysitter (Jln Cemara 7) tapi dia jalan terus ke depan, di jalan belakang (Jln Cemara 11). Entah apa yang difikirkan????
Mengikut kata Nabilah, Nabihah memang selalu merengek kat sekolah. Dia selalu mengadu kat Nabilah, "Nabilah, Biha nak balik". Dan si adik Nabilah selalu pujuk, "Biha....... tunggu! Kejap je lagi. Kejap lagi dah pukul 12:30, bolehlah balik" ...... Dapat bayangkan macam mana Nabilah bebelkan Nabihah. Tu nasib baik tak "sekepala" dalam hal tertentu. Mana tahu Nabihah cakap "Nabilah, jom balik!!! " dan Nabilah jawap "Jom.........". Jadi pulak kes dua beradik lari dari sekolah.
No comments:
Post a Comment