Sunday, 10 January 2010

Nabilah masuk hospital

6/1/10- Di rumah babysitter, Nabilah mengadu dia tercekik tulang ikan. Then bila sampai rumah, dia menangis bagai nak rak. Katanya sakit. Biasalah anak-anak, bila ada ibu, menangis lebih tragis.

Kami sempat celebrate birthday Imran before bawa Nabilah ke klinik. Menangis then ketawa and main macam biasa. Antara percaya dengan tak percaya juga SAKIT dia tu. But memang plan nak bawa check kat klinik. Berketul-ketul nasi kepal suruh Nabilah telan, but dia kata SAKIT juga. Kami best je makan KFC, dia makan nasi kepal. Tapi atlast Nabilah merasa juga makan KFC.

Di klinik takde alat nak check so dapat surat ke specialist. Ayah bawa ke DEMC. Kenalah masuk hospital, kena puasa untuk check@ cari tulang tersebut. Mungkin ada, mungkin tidak??

Sukanya hati dia dapat masuk hospital. Ayah menemankan Nabilah tidur di DEMC. Ibu datang the next day after uruskan hal-hal di rumah.

Sebelum masuk ke bilik bedah. Ibu akan menemankan Nabilah ke bilik bedah. Selepas Nabilah tidur, kena keluar. Tak boleh nak tengok entah apa yang doktor "geledah" dalam mulut Nabilah.


Nabilah akan diberi gas@ubat bius untuk "paksa" dia tidur. 3-5 kali tarik nafas sahaja, Nabilah dah tidur.


Sekejap sahaja dalam bilik bedah tu, ~10 minit. Memang ada tulang ikan!!!! Tak sia-sia bawa pergi DEMC. Nabilah sudah dipindahkan ke bilik lain and still tak sedar.


Masih berada di awangan. Baru tersedar dari tidur.

Tulang ikan yang berjaya dikeluarkan (red circle).Walaupun nampak kecil tapi kalau dah tercucuk kat dalam tekak, sakitnya terasa juga.


Syukur segala-galanya telah selamat. Pesanan untuk Nabilah, masa makan jangan gelojoh dan jangan makan sambil bercakap.

No comments: