Saya mempunyai 5 orang adik-beradik. Seorang abang sulung dan 3 orang kakak. Saya adalah anak bongsu. PAMA mempunyai 14 orang cucu tapi seorang telah meninggal dunia semasa kecil. Umur Arwah Hanani sepatutnya sudah 11 tahun.
Belah hubby hanya 2 beradik sahaja. Kak Munira dan hubby, juga anak bongsu. Kakak tak kahwin lagi (still mencari jodoh) dan cuma anak-anak kami lah "penyeri" (kot!!) bila balik kampung.
Majlis berbuka puasa bersama adik-beradik. Kami ber3 dah berada di Melaka cuma 2 orang sisters yg nak kena balik kampung Melaka. Saya dah start "rewang" since hari Jumaat. Potong daging, bersihkan bawang etc.... Menu special my Ibu : Nasi Impit dan Sambal Bali, Air Mata Kucing dan Cendol. Sambal Bali masak guna kayu api lagik !! Habis pakaian saya berbau asap.
Cucu2 PAMA. Ada yang tak dapat balik sebab sekolah asrama.
Antara makanan yang terhidang. Ada jer tangan interprem. Tangan orang tak puasa, tapi bukan saya tau !!!
Banyak jugak makanan terlebih but masing2 bawa balik mangkuk tingkat lah termasuk saya. Bukan makanan sahaja, air mata kucing pun daku angkut.
*** Makin panas di Melaka ini, makin "lemau" je nak berblog.
10 comments:
bestnyer leh berkumpul berbuka reramai gini....rindu sgt suasana gini
Best sangat Ayu, macam2 stories & gossips :-)
bila ramai2 camni mmg selera mkn kan kak..
saya balik kampung hari tu pun mcm ni...makan ramai2..mmg bertambah selera saya...hehe...
syok berbuka ramai2 adik beradik
sure riuh rendah...meriah kan :)
oppss tangan sapa tu? hihi
anak2 kalau boleh hari2 nak buka kat umah atok diorg.. kami buka kat umah PAMA hari jumaat & sabtu jerr.. masa tu adik beradik ramai yg balik. ekceli kebyknnya dok dekat2 jer.. mcm kitorg tak sampai 5 minit drive pun. tapi sbb bila hari sekolah byk benor hal tu yg seminggu 2 kali jer.. ingat nanti dah dekat2 nak raya baru kerapkan sket..
Wahida,
Betul tu. Seronok tengok wajah masing2 yang teruja masa nak berbuka pose.
Kak Kasih,
Tu tangan kakak saya ... hehehe.
Ibu Rawiwa,
Memang dorang seronok gie rumah nenek & atuk. Ni pun sibuk2 nak tolong nenek buat kuih raya. Nasib baik le sekolah. Kalau tidak, bukan membantu nenek tapi lagi menyusahkan kot.
syiok kan kak,dapat kumpul ramai2..dgn anak2 yang posa nya lagi..kita pun jadi hepi nak memasak pelbagai ni..
Ashra,
Ni le masa nak bermesra... susah nak kumpul ramai2 camni.
Post a Comment