Tuesday, 23 August 2011

Sahur

Kami sahur selalunya dengan makanan yang sama pada waktu berbuka. Panaskan sahaja. Kalau tak pun, saya masak nasi then masak sambal sardin / sambal ayam ke ... yg simple2 sahaja.

Semalam saya tidur awal sebab dot.dot.dot .... , bangun sahur pun awal. Alarm tak sempat berbunyi. Lauk berbuka dah licin. Nak masak nasi, beras pun dah habis ... boleh?? Bulan puasa memang beli stok segala jenis MEE sahaja, ni le jadiknya. Nak goreng mee, segala-galanya masih "beku" dalam freezer.

Saya buka semua lampu luar, beranikan diri berjalan keluar rumah, buka pintu pagar (pelan2 sebab takut jiran terjaga), start enjin kereta dan menuju ke restoran berdekatan. Nasib baik ada orang di restoran itu. Malu sebenarnya nak beli nasi bungkus di waktu pagi... nampak sangat kemalasan melanda!!! Nasi goreng ikan masin 3 bungkus dan teh tarik 1. Aroma ikan masin membuka selera bersahur :-)

Nota untuk diri sendiri : Today kena beli BERAS !!!

*** Masjid di depan restoran dipenuhi dengan kenderaan. Alangkah bagusnya jika saya dapat turut serta menghidupkan malam ke-23. Hubby bagitau, lampu dalam masjid terang-benderang. Kan bagus kalau buat Qiamullail lampu disuram. Baru ada FEEL !!

4 comments:

Rawiwa said...

mcm saya nyer style.. beli beras bila abis.. bila abah tau mesti marah.. pehtu dia bagi beras sekampit. kami pun penah makan mee goreng sahur haritu sbb beras abih.. teruk betul! sian anak2.. tapi diorang suka jer.. ibu yang tak lalu.

NzA said...

alahai kesiannya...nasib baik ada restaurant yg buka....

anumuchan said...

sy pun selalu sahur lauk sama sahur..payah pulak nak masak byk2 kali kan..huhuu..aa dh beli beras x..heeeee

Teratak Hami said...

Anum,
Dah beli dah ...:-)