DAUN POKOK KURMA TIDAK PERNAH GUGUR KERANA YANG GUGUR IALAH PELEPAHNYA.
Hehehe .... pelepah tu bagi kami daunlah !!!
Ustazah dorang dah beli majalah SOLUSI agaknya sebab dalam majalah SOLUSI keluaran terbaru ada cerita pasal hebatnya KURMA.
~ From Majalah Solusi
Teka-teki Rasulullah SAW
Suatu hari Rasulullah SAW telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?" Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)." Para sahabat bertanya: "Apakah jawapannya wahai Rasulullah?" Baginda bersabda lagi: "Kurma." (Riwayat Muslim No.5027 dan Al-Tirmiza No.2793) Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.Kehebatan KURMA ada dalam majalah Solusi. Hubby beli majalah Solusi "Andainya Ini Ramadan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya? Banyak cerita & tips2 menarik sempena Ramadan ni.

7 comments:
ni baru tahu ttg tu..thanks krn brkongsi maklumat....
tengahari xleh take nap la kak..
sbb my tade waktu lunch.. straight keje.. so dpt la blk kul 4.30pm. huuuuu~
tajuk majalah tu menusuk jiwa
Kak NzA,
Cakap cikgu selalu betulkan ??
My,
Pepandai ler nak nap depan PC pun ok. Janji jgn meleleh air liur.
NM02,
Tu pasal terpanggil untuk beli.
loh..baru tau gaks ni, btw thanks for the info=)
hihihi..statement 'ckp cikgu selalu betol'..mmg SETUJU occcayy~~
Chik na pun baru tau pasal ni masa baca solusi pagi tadi...
la...saya pun baru tau daun kurma tak pernah gugur..huhu..
betul tu kak, anak saya si abang tu kalau apa je yg cikgu dia ckp semua betul, ckp kita sampai tak nak dgr...hehe..
Post a Comment