Thursday, 29 September 2011

Tips Jemaah Haji

Jemaah Haji pertama dari Malaysia dah berangkat semalam. Hati saya pulak rasa seronok. Teringat kenangan2 di sana.

Bila jemaah naik bas, teringat layanan VVIP. Pernah korang naik bas, berderet-deret polis escot?? Takde kan !!!! Takke macam VVIP. Itulah kelebihan menjadi TETAMU ALLAH.

Ni saya nak share sedikit preparation untuk bakal2 Hajjah (wanita). Preparation ni ikut experience saya lah yang ikut Muassasah (Tabung Haji / tak ikut mana-mana pakej). Remeh tapi sometimes perlu tahu juga.
  1. Beg Haji - Beg baju besar. Beli sendiri sebab yang Tabung Haji beri selalunya kecil dan sesuai untuk di Arafah dan Mina. Beli cover yang ada dijual di Mydin. Kalau tidak, boleh rosak beg u all. Tulis nama besar2. Saya tambahkan sedikit kain di tepi cover itu supaya lain dari yang lain. Senang nak cam dari jauh.

  2. Pakaian - Biasanya jubah tapi tak perlu bawa banyak2. Bawa baju kurung (dulu saya tak bawa pun) sebab baju kurung ringan, nipis, jadi senang nak basuh, nak keringkan. Jubah selalunya tebal, susah nak sental. Kecuali kalau larat everyday nak hantar dobi.
  3. Telekung - Bawa 3 pun dah memadai. Tak perlu bawa kain pun takpe. Boleh pakai stokin semasa solat. Ramai orang jual mini telekung yang "cute" di Mekah & Mina. Harga murah dari SR5 ~.
  4. Makanan - Bawalah serunding atau apa2 perasa makanan. Bawa sambal ikan bilis kering ke. Kalau dapat bawa kicap, sedap jugak. Makanan ikut stail kita, tapi kurang pedas. Kalau tiap2 hari makan stail sama pun rasa muak + boring. Tapi jangan risau sebab kedai2 nasi Arab berlambak.
  5. Bawa tali & sepit baju banyak2. (kat sana pun ada jual). Senang nak sidai baju. Kalau dulu saya sidai baju tingkat 18, angin kuat, so banyaklah stokin2 termasuk "seluar kecik" diterbangkan angin. Tersadai kat mana agaknya ye??
  6. Bawa ubat-ubatan yang basic macam Panadol dan ubat batuk/gula2 batuk. Memang akan batuk. Tabung Haji memang sediakan klinik tapi selalunya panjang Q. Nanti sampai tak dapat nak berjemaah di Masjidil Haram pulak.
  7. Bawa selipar untuk ke Masjidil Haram dan pastikan bawa juga beg untuk simpan selipar. Kalau dah ramai sangat jemaah, sometimes beg2 selipar jatuh ke bawah. Tak susah ler nak carik.
  8. Bawa handphone dan beli Sim Card Arab. Guna card M'sia, boleh jadik hangit le nak bayar bill.

Ada sesiapa nak share tips lagi ?? Nanti saya boleh edit.

Semoga semua tetamu Allah mendapat haji yang mabrur

9 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alhadulliah akak dah sampai umah Allah...doakan ai plak...insyaAllah murah rezeki mmg nak pergi sangat

NM02 said...

beg haji tu bukan kita dapat ke?

Unknown said...

impian untuk menunaikan haji suatu hari nanti harap menjadi kenyataan...

NzA said...

Seronokkan dpt jejak kaki ke sana...Akak blm brkesemptan utk ke sana padahal abah akak lahir di sana.....

kasihredha said...

semua tips dah hami tulis...harap berguna unk jemaah.
Makanan yg hami sebut tu sgt sesuai dibawa waktu kat arafah dan mina kan :)

Teratak Hami said...

Ayu,
Daftar dulu yang penting. Q makin panjang.

Niza,
Kita dapat beg kecil2> memang sesuai bawa di Mina. Beg besar kena beli sendiri.

Papa Mifz,
InsyaAllah

Kak NZA,
Seronok tu kalau ada sedara-mara di sana. Boleh eratkan silaturrahim

Kak Kasihredha,
Makanan tu hari biasa2 pun sesuai. Kalau tiap2 hari makan lauk sama pun boring jgk.

Nadiah Sidek said...

seronoknya akak dah tunaikan haji

IxoR@ said...

thanks sharing info...

p/s: entri SOBA dah publish di blog.

:D

Unknown said...

thanks for your useful tips...i'm going to mecca for my hajj in 2years time though...thank u very much.