- Beg Haji - Beg baju besar. Beli sendiri sebab yang Tabung Haji beri selalunya kecil dan sesuai untuk di Arafah dan Mina. Beli cover yang ada dijual di Mydin. Kalau tidak, boleh rosak beg u all. Tulis nama besar2. Saya tambahkan sedikit kain di tepi cover itu supaya lain dari yang lain. Senang nak cam dari jauh.
- Pakaian - Biasanya jubah tapi tak perlu bawa banyak2. Bawa baju kurung (dulu saya tak bawa pun) sebab baju kurung ringan, nipis, jadi senang nak basuh, nak keringkan. Jubah selalunya tebal, susah nak sental. Kecuali kalau larat everyday nak hantar dobi.
- Telekung - Bawa 3 pun dah memadai. Tak perlu bawa kain pun takpe. Boleh pakai stokin semasa solat. Ramai orang jual mini telekung yang "cute" di Mekah & Mina. Harga murah dari SR5 ~.
- Makanan - Bawalah serunding atau apa2 perasa makanan. Bawa sambal ikan bilis kering ke. Kalau dapat bawa kicap, sedap jugak. Makanan ikut stail kita, tapi kurang pedas. Kalau tiap2 hari makan stail sama pun rasa muak + boring. Tapi jangan risau sebab kedai2 nasi Arab berlambak.
- Bawa tali & sepit baju banyak2. (kat sana pun ada jual). Senang nak sidai baju. Kalau dulu saya sidai baju tingkat 18, angin kuat, so banyaklah stokin2 termasuk "seluar kecik" diterbangkan angin. Tersadai kat mana agaknya ye??
- Bawa ubat-ubatan yang basic macam Panadol dan ubat batuk/gula2 batuk. Memang akan batuk. Tabung Haji memang sediakan klinik tapi selalunya panjang Q. Nanti sampai tak dapat nak berjemaah di Masjidil Haram pulak.
- Bawa selipar untuk ke Masjidil Haram dan pastikan bawa juga beg untuk simpan selipar. Kalau dah ramai sangat jemaah, sometimes beg2 selipar jatuh ke bawah. Tak susah ler nak carik.
- Bawa handphone dan beli Sim Card Arab. Guna card M'sia, boleh jadik hangit le nak bayar bill.
Semoga semua tetamu Allah mendapat haji yang mabrur

9 comments:
alhadulliah akak dah sampai umah Allah...doakan ai plak...insyaAllah murah rezeki mmg nak pergi sangat
beg haji tu bukan kita dapat ke?
impian untuk menunaikan haji suatu hari nanti harap menjadi kenyataan...
Seronokkan dpt jejak kaki ke sana...Akak blm brkesemptan utk ke sana padahal abah akak lahir di sana.....
semua tips dah hami tulis...harap berguna unk jemaah.
Makanan yg hami sebut tu sgt sesuai dibawa waktu kat arafah dan mina kan :)
Ayu,
Daftar dulu yang penting. Q makin panjang.
Niza,
Kita dapat beg kecil2> memang sesuai bawa di Mina. Beg besar kena beli sendiri.
Papa Mifz,
InsyaAllah
Kak NZA,
Seronok tu kalau ada sedara-mara di sana. Boleh eratkan silaturrahim
Kak Kasihredha,
Makanan tu hari biasa2 pun sesuai. Kalau tiap2 hari makan lauk sama pun boring jgk.
seronoknya akak dah tunaikan haji
thanks sharing info...
p/s: entri SOBA dah publish di blog.
:D
thanks for your useful tips...i'm going to mecca for my hajj in 2years time though...thank u very much.
Post a Comment