Friday, 18 May 2012

Action Song

Masa mula2 penglibatan twins dalam action song (gaya mcm laporan untuk retis pulak), dalam bulan 2 camtu, dorang bagitau, "Ibu, nanti kitaorang balik lambat sebab ada kelas tambahan" .... si ibu tertanya-tanya, "Apa rajin sangat cikgu sekolah ni, baru darjah 3 dah ada kelas tambahan". Ghupanya, salah faham!!!! Bukan kelas tambahan pelajaran, tapi kelas tambahan "tergedik-gedik".

Kenapa saya kata kelas tambahan "tergedik-gedik"? Sebab pergi sekolah pakai tudung, bila masa pertandingan Action Song, terus pakai skirt dan legging. Si ibu pun menyakat le, "wah wah wah ... best le pakai mini skirt, angin masyukkk!!!" ............ actually dah lama dorang STOP dari pakai "something" yang menampakkan kaki mereka. Kat rumah pun dorang tergedik2 menyanyi dan menari. Sampaikan Imran pun dah boleh ingat rentak lagu Action Song dorang.

Saya tak kisah dorang libatkan dalam aktiviti sekolah. Janji selamat semasa berada di sekolah. My babah lah yang terpaksa arrange masa untuk pick-up dorang kat sekolah sebab kalau ada "kelas tambahan", balik lambat skit. Sampai datuk sound, "tak habis-habis lagi menari?"

Last month dorang dah bertanding peringkat sekolah daerah melaka tengah. Dapat tempat ke-3. Semalam peringkat negeri le pulak. Saya "dipaksa" pergi tengok. Since saya pun tengah dalam mood "berkabus" kat office, apalagi, menari sama2 le kita ye.

For me, persembahan dorang sangat bagus (sbb ada anak sendiri ke?) berbanding dengan pemenang tempat ke3, tapi rezeki tak menyebelahi sekolah dorang. Nak wat camne kan!!! Janji enjoy !!!

Pose takle tutup mulut. Lipstick tebal dan berkilat. 
Sampai ibu sendiri pun tercari-cari anak sendiri.
 
 Lepas habis persembahan.
 Posing gedik. Ambai gambar sendiri tu pasal ku panggil gedik .. hehe

Bila suruh buka pagar rumah, cepat2 Nabilah bukak pagar then menyorok kat belakang motor. Malu konon sebab pakai skirt + make-up.




12 comments:

Asmara said...

teringat komen akak pasal lipstik tebal. tergelak besar saya baca. hahah...

yatie chomeyl said...

budak2 pun dh reti malu bila pakai skirt pendek, yg org2 tu pulak xreti malu kan kak?

rasp said...

as parents memang harus lah kita yg sentiasa puji anak kita kan hahahahaha....

moral support namanya tu *wink*

FnF Simple Life said...

salam kenal jugak dari FnF ;)

Qhaifa Nur said...

bila dimake-up nampak cantik twins ni yup...

seronok jika anak-anak kita dapat join aktiviti gini...

kasihredha said...

sebijik sama...susah nak cam

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kawaiiiii!
nasib baik kecik lagik pakai legging tue...kat sini jrng budak2 di suruh makeup tebai mcm kat mesia...

Chekgu Azrine said...

cute sangat...hahaha..mmg best kalau anak2 suka terlibat ngan aktiviti kreatif nih...

Mak Wardah said...

salam kenal. cute & sweet

ieja amieja said...

so sweet..x pe la kak..sok besar pandai la dorang nak manage diri dorang nnt..yg penting ilmu agama ada didada..insyaallah..

Izan Ishak said...

izan tgk kembar akak ni... mmg sama je. manis2 kembar akak...

working mom... said...

they look so similar lah kak !... :)