Monday, 7 May 2012

Kenduri kawen spesel

Hujung minggu aku quite bz with kenduri kawen. Kenduri kawen ini spesel skit sebab perkahwinan antara sedara dan sedara. Kedua-dua mempelai adalah anak kepada sepupu-sepupu aku. Datuk dan datuk mereka adalah adik-beradik. Dah dinamakan jodoh, walau dilarang camne pun tetap bersatu jugak.

Lawak jugak perkenalan mereka. Antara bicara mereka semasa perkenalan,

Perempuan : "Datuk saya tinggal kat Bukit Beruang"
Lelaki : "Datuk saya pun tinggal kat Bukit Beruang"
Perempuan : "Datuk saya nama xxxx"
Lelaki : "Eh, bukan datuk kita adik-beradik ke?"

Gitu ler kalau tak kenal sedara-mara. Padahal dok kat kampung je tu .....hehe. Setiap raya akan berjumpa.

2 hari majlis rumah pengantin lelaki dan perempuan, aku pulak nak jadi tetamu pun boleh, nak jadi "orang sebelah" pun boleh. Berarak dengan pengantin tapi lari dari group sebab pergi makan dulu. Nak tunggu merenjis2 tu lama.... :-)

Dan 2 hari ini aku kenyang sampai ada masa kena baring sebab kalau duduk, perut sesak!!! 

9 comments:

wahida said...

tu lah penting kena kenal sedara kita sendiri...

Hanis MY said...

wahh uniknya pasangan ni, selamat pengantin baru buat mereka...

ieja amieja said...

kenduwi kawen lg..huhu..musim ni

Cik Puan Izan❤ said...

meriah benar majlisnya... rasa kelakar pun ada yek...dah namanya jodoh...

Chekgu Azrine said...

Xpe..ibu mengandyung di maafkan mkn byk2..haha

kasihredha said...

best kenduri
boleh jumpa sanak saudara, kawan2 yg dah lama xjumpa.
best mkn2 juga

Eray Majid said...

salam dear, salam kenal

bestkan kenduri kawen, makan free n jumpe sedara n kawan2

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bak kata org p mai p mai tang tue jugak....x der la kekok sgt sebab dah kenai ngeee

ashra said...

Conversation gitu selalu terjadi kan..pusing2 jumpa orang yang sama.keke