Thursday, 2 July 2009

The CheeseCake Factory

Baru lepas dinner kat sini. Simon punya suggestion for our dinner. Kalau ikutkan hati malas nak dinner. Tapi kalau duduk dalam bilik, takut tertidur then malam tak boleh tidur. Sampai bila nak jet lag? Bila jet lag aku nak over kalau camni?

Aku terliur jugak bila Simon bagitau tempat ni famous jugak. And cheesecake sedap!!!! Perut tengah lapar, segala-galanya sedap. First time aku drive ke sini. Cuba-cuba drive!!! Dekat je dengan hotel so berani jugak aku nak drive. Ada sekali dua la aku dengar Simon membebel. Janji aku tak langgar kereta orang or masuk lorong yang salah. Simon pernah jugak masuk lorong salah. Panik semacam je. Kat tengah bandar pulak tu ... hehehe.

Tapi mat salih bawa kereta bersopan-santun, better dari di Mekah and Malaysia. Dari jauh they all dah slowkan kereta bila nampak orang nak melintas. Jarang dengar bunyi hon kat sini.

Aku ikut petua kawan aku sorang ni, dia kata kalau bawa kereta kat US, kena make sure garis tengah jalan sebelah tempat driver. Before this aku selalu beza dengan cara drive kat Malaysia, lama-lama aku sendiri yang confius. Petua dia ni senang and awal-awal aku dah cakap thanks kat dia. Bangga gila mamat ni!!!!

Berbalik cerita pasal makan kat The Cheesecake Factory. Aku order Salmon dengan pasta (sorry, nama glamer terlupa). Banyak betul sampai aku kena tapau bawa balik. Memang sedap la tapi aku bayangkan, sedapnya kalau letak sos cili sikit. Perut memang ter"over" kenyang. Kami beli jugak cake untuk dibawa balik. Aku beli Tiramisu Cheese. Sempat jugak bungkus balik roti FREE... hehehe ... 

 
 
 
 

** Takut terover montel bila balik Malaysia nanti. "Kanda, jangan tak ingat dinda ye!" hehehe.

Malam masih "muda". Kami merayau di satu shopping complex ni. Biasalah aku dok tengok barang-barang untuk anak-anak. Tak beli pun ... nama je SALE tapi macam tak SALE pun.

Aku terpikat dengan 2 kasut ni. Anak-anak pesan suruh beli kasut high cut tapi dah musim panas, susah nak cari. Aku terjumpa kasut yang they all nak di satu kedai ni dan harga pun ok jugak. Saiz kaki anak-anak lupa nak bawa pulak. Tengoklah kalau anak-anak aku berkenan and ada rezeki lebih, bolehlah beli.


 
 



Kasut ada gambar HSM and lagi satu gambar princess. Gambar Hannah Montana pun ada juga tapi tiba-tiba aku jadi malu nak ambil gambar ... hehehe. Entah bila le agaknya they all nak pakai??? Kasut raya tumit tinggi raya tahun lepas pun jarang pakai.

Wednesday, 1 July 2009

Dinner .... makan time!!!

Tak sampai seminggu tinggal kat sini, dah tak tahan dah!!!! Company kasi duit makan untuk makan mewah-mewah. Tiap-tiap hari seafood, cheese, burger .... argg!!! mana nasi ni???

Tengahari tadi makan kat cafeteria, makan nasi tapi poyo punya nasi, kering gila. Selama ni memang makan "mewah" jugak la. Makan kat Burger King, Subway, Japanese Restaurant, Chili's .... kiranya sekali pergi makan memang ambil set yg mewah2.

At Chili's .... kenapalah muka aku sememeh je ni??? 

  

At Japanese Restaurant. Sedapnya Salmon Grill ni. Set nasi, miso soup tak sempat nak ambil gambar. Lama menunggu, perut dah lapar. 
 

Mat salleh ni memang dah makanan they all kot. Lunch boleh makan burger, salad, potato chips (mcm jajan anak aku pulak), cheese .... fuhhh, tak idup aku camni.

Today aku masak kat dalam bilik. Bila lagi nak merasmikan??? Bahan mentah beli kat 1 kedai ni. Lengkap dengan makanan dari Asia. Durian pun ada.

Aku masak nasi, sambal udang dan telur goreng. Tapi sambal aku kureng kick sebab guna cili powder (tak pedas) and tak jumpa asam jawa.... hehehe. Letak sos cili maggie hampir 1/4 botol pun tak terasa pedasnya. Anyway, alhamdulillah kenyang .... jimat duit company untuk malam ni :-)

Dinner sorang-sorang sambil layan lagu dari blog Principal . Jiwangs la Principal ni!!!

 
 

Untuk merasmikan segala yang ada dalam bilik, aku pun "terlebih sudah" menggunakan mesin ni untuk basuh 3 pinggan makan aku tadi ... ahaks!!! Kalau ada kat rumah, pasti lembut tangan ku ini. 

 
*** Rindunya kat anak-anak. Uwaaaaaa.......!!!!

Monday, 29 June 2009

Aku di USA

Semalam (Sabtu) pagi 6:45am aku bertolak dari Saujana Utama untuk ke KLIA. Abang and anak-anak hantar aku di airport. Ya Allah sedihnya aku nak meninggalkan orang-orang tersayang.

Baru seminggu berjumpa dengan anak-anak, tak sempat nak melepaskan rindu lagi then kena pergi US untuk 3 weeks. Mungkin ada kebaikan disebalik dugaan ini. Company hantar aku and Simon (Chinese) ke Phoenix, Arizona. Boss takut nak suruh aku pergi seorang, tu sebab dia suruh pergi dengan Simon. Ni last minute punya discussion before aku pergi Umrah aritu.  

Bersama insan-insan tersayang

   
 

Flight MH094 bertolak dari KLIA pukul 9:40 pagi. Kami transit di Taipei dalam 1.5 hours. KLIA - Taipei = 4 jam camtu. Then flight terus ke LA. 12 jam lebih dalam flight. 

Aku tidur, makan, and bila teringat family, anak-anak, aku menangis. (ini dari hati naluri seorang ibu). Teringat kata-kata Maisarah " Ibu, tak payah kerja kat xxx, kerja kat Toshiba je sebab kat Toshiba ibu duduk rumah je." 

Bila dipikir balik, dulu memang aku tunggu peluang ke US sebagai janji boss kat aku. Peluang ini mungkin hanya datang sekali sahaja, so nak ke tidak, sabar je la. InsyaAllah banyak aku dapat belajar di sini. 

Kami transit di LA 4 jam juga. Suhu around 21oC. Naik United Airlines ke Phoenix. Comel je kapalterbang ni. Kami sampai ke Phoenix dalam kul 7:40pm. Panasnya sama macam kat Mekah. Kami rental kereta and cari jalan ke hotel. Sempat makan kat Subway then berpusing-pusing cari hotel. 11 pm camtu baru dapat check-in. 

Kami tinggal di Residence Inn Marriot, Chandler, Arizona. Besarnya hotel ni siap dengan kitchen. Kalau bawa family, memang berbaloi. Apa lagi aku terus connect to internet. Sambil tu mandi then barulah dapat buat video call dengan anak-anak. Hehehe .... kat Phoenix dah pukul 12am tapi kat Malaysia baru kul 3pm. 

Apa lagi tengah berborak dengan anak-anak pun boleh tertidur. Tapi kejap-kejap terjaga sebab anak-anak dok panggil ibu yang tengah tidur. Ayah jaga anak-anak for 2 days, dari hari Sabtu sampai Ahad petang, before mak mertua datang. Ayah pergi sekolah Maisarah untuk sign report book and bawa Maisarah for taekwando exam kat Puchong pada hari Ahad pagi. Thanks Ayah, lulus assignment yang ibu beri.
1st thing yang aku cari, T-shirts untuk anak dara 3 orang. Asyik pesan suruh beli je, nasib baik terjumpa juga ==>

Wednesday, 24 June 2009

Umrah - corat coret Xtra

(1) Ramai orang kata, kalau pergi Mekah, kat sana memang tak ingat anak, kampung. Bohong kalau aku kata tak rindu kat anak-anak. Rindu juga tapi bila banyak pikir pasal Umrah (lepas ni apa nak buat?, apa akan jadi?), so secara automatik aku jadi sibuk dengan memikir benda-benda camtu. Cuma aku tak risau sebab anak-anak berada dalam jagaan orang yang boleh dipercayai.

(2) Kat Madinah and Mekah, setiap waktu ada sembahyang jenazah. Abang dapat peluang mengusung jenazah masa kami on the way nak pergi sembahyang.

(3) Orang lelaki kalau pakai ihram, tak boleh pakai "seluar kecil". Ada le hamba Allah sorang ni terlupa yang dia tengah pakai ihram kot. Duduk kat tangga pulak tu. Free aku nampak "anu" dia ... hehehe. Aku ketawa macam nak pecah perut tapi kena control sikit. Aku rasa memang ramai yang nampak sebab 90 darjah terbuka. Abang pun nampak juga. So bila teringat, aku ketawa sesorang sampai abang beri amaran "takut balik malaysia dok terbayang-bayang benda tu nanti" ... nauzubillah.

(4) Selalu orang pesan, kat tempat suci kena jaga perkataan dan perbuatan sebab semua akan dibayar "cash". Last day masa tengah bermekap, aku tanya abang sama ada dia punya perfume ke atas peti ais. Abang kata aku punya. Sambil tu aku ambil and calit sikit kat badan. Aku cakap dia punya, dia pulak cakap aku punya, then terkeluar dari mulut aku "Takpe, kalau tertinggal pun kat rumah berlambak". Prappp!!!! berkecai botol perfume tu kat lantai.

(5) Kota Mekah banyak tengah contruction termasuk dalam Masjidil Haram, tempat Saie. Bangunan tinggi-tinggi and ada yang tepi bukit yang dipotong. Sayup je tengok. Takde pulak kes tanah runtuh. Ini sahaja catatan Umrah ku. Minta maaf kalau ada perkataan yang tak senang dibaca sebab aku bukanlah penulis bertauliah. Dan terima kasih kerana sudi membaca.

Umrah - Day 13 (Khamis)

Today kami akan balik ke Malaysia. After Subuh, pukul 6:00am kami buat Tawaf Wida'. Sedih nak meninggalkan Mekah. Tanpa disedari, air mata aku meleleh. Waktu melangkah keluar dari Masjidil Haram, setiap ~5 langkah, aku terbayang Kaabah, Masjidil Haram, aku menangis. Aku rasa abang pun sama. Ada juga jemaah yang dok tengok-tengok kami. Kami tengah melayan perasaan sambil kaki melangkah keluar dari Masjidil Haram. Entahlah, susah nak cerita perasaan masa tu.

Kami bertolak pukul 8:00am dengan menaiki bas untuk ke Jeddah Airport. Flight kami pukul 3pm, so kami dibawa ke Laut Merah, tempat Nabi Musa a.s melemparkan tongkat dan laut terbelah semasa pengikut Firaun mengejar Nabi Musa. Niat nak sembahyang sunat di masjid terapung ni tapi masjid ditutup. Melepak le ramai-ramai di tepi laut.




Bergambar sampai jemu. Ustaz (Mutawwif) yang hantar kami 2 orang. Ustaz yang paling kiri sekali tu baru muncul hari ni. Dia pun macam kami juga, tak habis-habis bergambar.



Ada sedikit kekecohan di airport. Tapi dapat diselesaikan. Nasib baik ada jemaah yang boleh cakap Pakistan, Hindustan sebab harapkan wakil travel agency, english and arab pun tak tahu.

Flight kami transit di Bahrain then terus ke Malaysia. Pukul 9:40am keesokkan hari barulah mendarat di KLIA. Pukul 12 tengahari hari Jumaat sampailah kami dengan selamatnya di rumah. Imran "membatu", terpegun bila nampak aku. Betapa rindunya kami kat dia. Kakak-kakak dia lagilah kecoh. They all pun dah 2 minggu jugak tak balik rumah. Sampai rumah je sibuk selongkar beg kami, cari itu ini ....Dan Imran sehari tu asyik melekat je kat aku.