Kami bertolak pukul 8:00am dengan menaiki bas untuk ke Jeddah Airport. Flight kami pukul 3pm, so kami dibawa ke Laut Merah, tempat Nabi Musa a.s melemparkan tongkat dan laut terbelah semasa pengikut Firaun mengejar Nabi Musa. Niat nak sembahyang sunat di masjid terapung ni tapi masjid ditutup. Melepak le ramai-ramai di tepi laut.

Bergambar sampai jemu. Ustaz (Mutawwif) yang hantar kami 2 orang. Ustaz yang paling kiri sekali tu baru muncul hari ni. Dia pun macam kami juga, tak habis-habis bergambar.

Ada sedikit kekecohan di airport. Tapi dapat diselesaikan. Nasib baik ada jemaah yang boleh cakap Pakistan, Hindustan sebab harapkan wakil travel agency, english and arab pun tak tahu.
Flight kami transit di Bahrain then terus ke Malaysia. Pukul 9:40am keesokkan hari barulah mendarat di KLIA. Pukul 12 tengahari hari Jumaat sampailah kami dengan selamatnya di rumah. Imran "membatu", terpegun bila nampak aku. Betapa rindunya kami kat dia. Kakak-kakak dia lagilah kecoh. They all pun dah 2 minggu jugak tak balik rumah. Sampai rumah je sibuk selongkar beg kami, cari itu ini ....Dan Imran sehari tu asyik melekat je kat aku.
No comments:
Post a Comment