Saturday, 20 June 2009

Umrah - Day 3 (Isnin)

Dalam 6:30am kami bertolak untuk Ziarah Luar Madinah. Aktiviti di sini bermula awal sebab terang awal. Subuh masuk dalam pukul 4am camtu.

Ni antara tempat yang kami lawati.
(1) Masjid Quba Setiap kali berhenti di masjid, kami akan bersembahyang sunat. Mutawwif selalu ingatkan untuk sembahyang sunat Duha, Tahiyatul Masjid etc.. Dan setiap tempat kami lawati, mutawwif akan ceritakan sejarahnya. 

 

Permandangan di sekitar masjid Quba. Tengok tu, macam pasar siang. Tu yang buat orang nak shopping je.  

(2) Jabal Uhud Berlatar belakangkan Jabal Uhud. 
 
Bertentangan dengan Jabal Uhud ialah Jabal Rahmah???(sorry, aku terlupa). Di sinilah tempat pasukan memanah semasa perang Uhud dulu. Tapi ramai pengunjung sangka itulah Jabal Uhud. Di tempat berpagar tu adalah perkuburan untuk orang-orang Islam yang mati syahid semasa Perang Uhud.  
Yang sedihnya, tempat-tempat bersejarah sama ada kat Mekah atau Madinah memang tidak dijaga. Mengikut kata mutawwif, orang-orang Arab ni kalau boleh tak mahu disimpan tempat-tempat bersejarah itu.

(3) Ladang Kurma
 
Pokok Kurma - macam pokok kelapa sawit
 

Best pergi ke Ladang Kurma. Kami shopping kurma and coklat sakan gila. Masa shopping, gunakan sepenuhnya untuk shopping. Kurma ada 250~ jenis so macam-macam jenis kurma and coklat kami rasa. Semuanya "halal". Makan macam mana banyak pun takpe, bak kata orang, sampai kenyang pun takpe walaupun tak beli. Tapi kalau yang nak bawa balik tu, kena belilah.. Kami beli kurma Ajwa (kurma nabi), Lubanah (untuk cerdik) and Sukkari (mutawwif kata ni sesuai utk lelaki, malam boleh jadi "superman"). Others, kacang2, coklat, apricot etc. Ada juga beli kurma untuk disedekahkan di masjid (akan diuruskan oleh mutawwif). So member2 yang beri duit sebelum kami pergi tu, alhamdulillah sedekah you all telah kami tunaikan. 
(4) Kilang percetakan Al-Quran Di kilang percetakan Al-Quran, lelaki sahaja dibenarkan masuk and setiap lelaki akan disedekahkan Al-Quran. Bayangkan berapa juta jemaah yang melawat dan berapa juta Al-Quran telah disedekahkan. 
(5) Masjid Qiblatain - masjid 2 kiblat. Sejarah masjid ini, semasa Rasulullah sedang sembahyang fardu 4 rakaat, pada rakaat ke2, datang malaikat Jibrail menyampaikan wahyu, suruh Rasulullah memalingkan kiblat menghadap ke Kaabah. 

(6) Pasar Kurma Penjual kat sini berebut-rebut menarik customers. Oleh sebab kami dah membeli di Ladang Kurma, kami beli satu jenis lagi kurma unuk makan dalam bas, dah lapar!!! Selepas Zohor, lunch and balik bilik untuk bersiap ke masjid. 

Target nak masuk Raudhah. Actually aku tak tahu masa sebenarnya perempuan dibenarkan masuk Raudhah. Aku pergi masjid awal tapi sedihnya bila dah tak boleh masuk lagi. Macam-macam ragam manusia buat untuk menembusi "benteng" pengawal-pengawal perempuan tu. Aku tengok sahaja, buat muka simpati, kot-kot dapat masuk. Last-last give up sebab takde seorang pun yang lepas dari sekatan itu. Aku menangis. Memang frust gila. Dugaan tu, jadi mesti ada yang masih belum "cukup" yang Allah tak izinkan, so pandai-pandailah cukupkan.... Aku target malam ini. 

Aku datang awal untuk Maghrib and macam biasa stay sampai Isyak. Suruh abang dinner dulu sebab target aku Raudhah. Alhamdulillah ada hamba Allah sedekah roti and secawan air zam-zam (Tong air Zam-zam ada dimana-mana sahaja dalam masjid). Itu alas perut aku sebab nak tunggu masuk and keluar Raudhah entah pukul berapa agaknya. Selepas Isyak kami berkumpul ikut group negara. Pukul 10pm kami dibenarkan masuk. Tapi ini baru 1st step. Kat dalam kena tunggu turn lagi ... Berbagai dugaan aku terima. Alhamdulillah, aku dapat berdoa di makam Rasulullah, makan Abu Bakar dan makam Umar dan masuk ke Raudhah, sembahyang di saf pertama dengan izin Allah. Ini saat yang paling gembira dalam diri aku. Paling gembira dan bersyukur sesangat. Paling menginsafkan dari sebelum-sebelum ini....aku menangis kesyukuran. Terlalu peribadi untuk aku ceritakan pengalaman itu. Setiap kali teringat, pasti aku menitiskan airmata. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Agung.

No comments: