Kami buat semua berdua sahaja, memang takde berjanji dengan sesiapa. Just berharap dapat naik van dengan sesiapa sahaja sebab kalau tidak charge akan mahal. Alhamdulillah, today ramai yang dari group kami dah berkumpul di lobi hotel. Bila kami tanya, they all kata dah cukup 16 orang. Kami berharap boleh le menyelit di antara they all sebab van selalunya 10 orang pun dah ok.
Semalam kami pergi pun 7 orang sahaja dalam van. So kalau 16 orang boleh separate guna 2 van. Tapi alangkah sedihnya kami sebab 16 orang tu they all sumbat dalam 1 van. Just imagine, kami terkontang-kanting berdua sahaja di situ and they all berlalu tanpa ada apa2 perasaan pun kat kami. Tu semua kaum kerabat dalam 1 family la and yang paling sedih one of the person adalah ketua group kami. Apa-apa pun lepas keluarga sendiri dulu. Maybe dengan sumbat 16 orang dalam van tu, kena bayar 2Riyal/ head agaknya!!!
Tak lama tunggu, datang bapa dengan anak so kami ber4 sahaja naik 1 van. Charge RM50 for 4 orang. Takpe la asalkan segala-galanya selamat. Bila balik dari Umrah, ada juga jumpa jemaah yang sama group tanya, buat umrah ke? Dah kali ke berapa? Dan selalunya feedback yang kami terima, takpe la muda lagi..... , kekadang rasa nak jawab juga, dah tu kakak-kakak tak "muda" ke, beg shopping penuh di tangan. Kalau terasa tua, anak-anak tu tak boleh ke? Ada bapak-bapak yang sanggup melepak berborak di lobi hotel.
Sabar jelah, cuma peluang ni datang maybe sekali sahaja seumur hidup, jadi gunakan kesempatan ini untuk buat the best. Apa-apa pun, itu urusan Allah. Syukur, Allah beri kami kesihatan yang baik sepanjang perjalanan Umrah kami. Rasa buat Umrah ni satu exercise juga, tawaf, saie, semua keluar peluh. Selepas selesai rasa fresh sangat.
Malam ni kami dinner "mewah" sikit. Beli makanan kat luar. Saje tukar selera. Abang cerita ada kawan dia pergi umrah masa umur 9 tahun, dia tak ingat apa2 cuma ingat makan kebab sedap kat Mekah. This is for our dinner. Air merah kesukaan aku tetap ada. Ambil di dining hall. Jus Epal tu beli sebab jus buah kat Arab memang sedap. Pure rasanya.

Kami ada singgah makan aiskrim, tapi tak ingat hari apa. Abang teringat story babah gi Mekah, kena tegur "Haram" dengan pak Arab sebab babah makan aiskrim tangan kiri. Just nak make sure, ni ke kedai aiskrim yang babah cerita tu.

Aku beli kasut 10 Riyal. Malam ni mutawwif nak bawa naik Gua Hiraq. Kena bayar 15Riyal/ head.
After 10pm kami berkumpul di lobi. Aku seorang je perempuan and ada dalam 4 orang lelaki. Atlast cancel sebab ustaz-ustaz semua menyembunyikan diri. Tak tahu sama ada betul ke tidak cerita ini. Ustaz bagitau ada orang hotel minta duit dari ustaz-ustaz 100Riyal untuk setiap bas yang datang. If tak beri, semua ustaz-ustaz ni akan dikunci di dalam bilik hotel, and dia nak panggil polis.
Actually ustaz2 ni student and tak dibenarkan buat part-time. Masalahnya semua arrangement dibuat oleh pihak travel agency and hotel pun dah dipajak. Of course ada bayaran untuk setiap yang tinggal di hotel itu. Kalau betullah cerita ni, kiranya Pak Arab pun main rasuah jugak ye!!! Wallahualam..
No comments:
Post a Comment