Sunday, 21 June 2009

Umrah - Day 4 (Selasa)

3pm - bas bertolak ke Madinah. Sebelum bertolak aku sembahyang jamak Asar kot takut terlupa / bas tak berhenti. Kami siap berpakaian ihram. Dalam 30 minit perjalanan, bas berhenti di Bir Ali untuk miqat di situ.

Berdebar-debar almaklumlah 1st time nak menjejakkan kami di tempat paling mulia. Sedih jugak nak meninggalkan kota Madinah. Perjalanan mengambil masa ~5jam. Berhenti untuk solat and makan. Makan dalam talam.

Kami sampai ke Mekah around 9pm. Hotel kami di Royal Sultan. Kawasan atas bukit so jenuh jugak nak berjalan. Bilik kami 902 (di Madinah 209). Bilik kecil sikit dari di Madinah tapi ok lah. Pukul 10:30pm ~ 11:00pm, bersama dengan mutawwif (Ust Abdul Rahman) jemaah kami menuju ke Masjidil Haram. Dari jauh hati terasa sayu, syahdu bila di depan mata tersergam Masjidil Haram. Kami masuk melalui Gate Abd Aziz.

Di depan mata tersergam Kaabah. SubhanaAllah... terasa kerdilnya diri ini. Aku manusia yang banyak dosa, dosa seluas lautan, setinggi gunung datang ke tempat yang paling mulia sekali. Air mata mengalir tanpa disedari. Aku rasa semua orang macam tu. Kami bersembahyang Tahyatul Masjid sebelum memulakan tawaf.

Ramainya orang tengah tawaf. Rasa berdebar kerana terlalu memikirkan boleh ke aku buat tawaf ni? Gambar ni diambil dari tempat sembahyang favourite aku. Betul-betul mengadap Multazam. Tempat ni selalu penuh orang.
Kami tawaf dalam group yang diketuai oleh Ust Abd Rahman, tapi akhirnya terpisah jugak. Kami berkumpul semula selepas solat sunat di Makam Ibrahim sebelum memulakan Saie. Semasa Saie kami berjalan dalam group juga. Kat sini susah nak terpisah. Ust Abdul Rahman banyak beri tunjuk ajar, doa-doa dan zikir sepanjang Umrah kami. Selepas Saie, tahallul (bercukur/bergunting) then berakhirlah Umrah kami.

Semuanya berakhir dalam pukul 2:30am. Rasa segar mata. Tak putus-putus orang di Masjidil Haram. Begitu Mulianya tempat ini.

No comments: