First destination ialah ke ladang Unta. Sepanjang perjalanan mutawwif ceritakan kelebihan, kebaikan unta. Antaranya
(1) Unta adalah binatang yang akan masuk syurga
(2) Patuh pada tuannya. So kalau tuan dia meninggal, segera sembelih sebab unta tu pun akan mengikut tuannya.
(3) Zaman dahulu pengangkutan hanya unta sahaja, so setiap 2 marhalah, unta akan berhenti. Tuannya tahu masa untuk sembhayang.
(4) Lembu / kerbau kalau nak dikorbankan, akan meronta-ronta. Tapi Unta tidak. Unta akan merelakan diri untuk dikorbankan. Dan unta akan menitiskan air mata kerana gembira. Walahualam ...
(5) Mata unta cantik macam mata gadis-gadis Arab.
Mutawwif cerita jugak kelebihan-kelebihan susu unta. Susu unta hanya boleh diperah setelah anak unta menyusu kerana "kunci" ada pada mulut anaknya.
Dah tahu kelebihannya, waktu sampai di ladang tu, aku dengan gelojohnya terus try minum susu unta. Then beberapa orang jemaah perempuan datang and tanya kat aku, sedap ke? Then baru aku perasan, orang lain (and mungkin juga aku) akan pikir 2, 3 kali nak minum susu unta. Entahlah masa aku turun dari bas terus aku tuju ke situ, abang minum then aku pulak minum tanpa ada apa-apa perasaan. And feedback aku pada jemaah yang tanya, "Sedap!!!, lemak!!! and ada rasa masin-masin sikit".
Nampaklah muka they all ada yang macam "kembang tekak", maybe sebab ada masin-masin sikit kot .... hehehe ..... Tapi memang SEDAP, penuh berkrim and takde bau. Jangan minum banyak-banyak coz susu ni bagus untuk melawaskan perut juga. Takut-takut tak sempat nak habiskan ziarah. Kami beli 2 botol kecil untuk dibawa balik ke Malaysia. Dah minum susu unta, jadi "ibu susuan unta" ke?
Mutawwif kata buih dari susu unta bagus untuk kulit. Ada jemaah sapu di muka, kaki, kepala pun ada juga. Emm...nak suruh tunggu rambut agaknya???
Tengoklah anak teruna and bapak teruna dok tenyeh kat muka. Anak dara and mak dara buat juga tapi takle terover begini.
With other jemaah.

Kami terus ke Masjid Hudaibiah untuk sembahyang sunat and miqat Umrah bagi sesiapa yang nak buat Umrah. Ni tapak masjid yang asal. Tengok tu, tempat ni tak dijaga. Memang orang Arab tak suka kesan sejarah.

Kami meneruskan Ziarah ke Museum Mekah. Banyak sejarah-sejarah yang disimpan di sini. Mostly pasal Masjidil Haram and pembinaannya - pintu Kaabah, tangga Kaabah, bahagian dalam Kaabah, kunci Kaabah etc. Dapat juga tengok orang tengah tenun kain Kaabah. Lain-lain, telaga Zam-zam, cover tepi Hajarul Aswad, Al-Quran lama etc ...

Alhamdulillah, habis Ziarah before Zohor.
No comments:
Post a Comment