(1) Ramai orang kata, kalau pergi Mekah, kat sana memang tak ingat anak, kampung. Bohong kalau aku kata tak rindu kat anak-anak. Rindu juga tapi bila banyak pikir pasal Umrah (lepas ni apa nak buat?, apa akan jadi?), so secara automatik aku jadi sibuk dengan memikir benda-benda camtu. Cuma aku tak risau sebab anak-anak berada dalam jagaan orang yang boleh dipercayai.
(2) Kat Madinah and Mekah, setiap waktu ada sembahyang jenazah. Abang dapat peluang mengusung jenazah masa kami on the way nak pergi sembahyang.
(3) Orang lelaki kalau pakai ihram, tak boleh pakai "seluar kecil". Ada le hamba Allah sorang ni terlupa yang dia tengah pakai ihram kot. Duduk kat tangga pulak tu. Free aku nampak "anu" dia ... hehehe. Aku ketawa macam nak pecah perut tapi kena control sikit. Aku rasa memang ramai yang nampak sebab 90 darjah terbuka. Abang pun nampak juga. So bila teringat, aku ketawa sesorang sampai abang beri amaran "takut balik malaysia dok terbayang-bayang benda tu nanti" ... nauzubillah.
(4) Selalu orang pesan, kat tempat suci kena jaga perkataan dan perbuatan sebab semua akan dibayar "cash". Last day masa tengah bermekap, aku tanya abang sama ada dia punya perfume ke atas peti ais. Abang kata aku punya. Sambil tu aku ambil and calit sikit kat badan. Aku cakap dia punya, dia pulak cakap aku punya, then terkeluar dari mulut aku "Takpe, kalau tertinggal pun kat rumah berlambak". Prappp!!!! berkecai botol perfume tu kat lantai.
(5) Kota Mekah banyak tengah contruction termasuk dalam Masjidil Haram, tempat Saie. Bangunan tinggi-tinggi and ada yang tepi bukit yang dipotong. Sayup je tengok. Takde pulak kes tanah runtuh.
Ini sahaja catatan Umrah ku. Minta maaf kalau ada perkataan yang tak senang dibaca sebab aku bukanlah penulis bertauliah. Dan terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment