Baru seminggu berjumpa dengan anak-anak, tak sempat nak melepaskan rindu lagi then kena pergi US untuk 3 weeks. Mungkin ada kebaikan disebalik dugaan ini. Company hantar aku and Simon (Chinese) ke Phoenix, Arizona. Boss takut nak suruh aku pergi seorang, tu sebab dia suruh pergi dengan Simon. Ni last minute punya discussion before aku pergi Umrah aritu.
Bersama insan-insan tersayang
Flight MH094 bertolak dari KLIA pukul 9:40 pagi. Kami transit di Taipei dalam 1.5 hours. KLIA - Taipei = 4 jam camtu. Then flight terus ke LA. 12 jam lebih dalam flight.
Aku tidur, makan, and bila teringat family, anak-anak, aku menangis. (ini dari hati naluri seorang ibu). Teringat kata-kata Maisarah " Ibu, tak payah kerja kat xxx, kerja kat Toshiba je sebab kat Toshiba ibu duduk rumah je."
Bila dipikir balik, dulu memang aku tunggu peluang ke US sebagai janji boss kat aku. Peluang ini mungkin hanya datang sekali sahaja, so nak ke tidak, sabar je la. InsyaAllah banyak aku dapat belajar di sini.
Kami transit di LA 4 jam juga. Suhu around 21oC. Naik United Airlines ke Phoenix. Comel je kapalterbang ni. Kami sampai ke Phoenix dalam kul 7:40pm. Panasnya sama macam kat Mekah. Kami rental kereta and cari jalan ke hotel. Sempat makan kat Subway then berpusing-pusing cari hotel. 11 pm camtu baru dapat check-in.
Kami tinggal di Residence Inn Marriot, Chandler, Arizona. Besarnya hotel ni siap dengan kitchen. Kalau bawa family, memang berbaloi. Apa lagi aku terus connect to internet. Sambil tu mandi then barulah dapat buat video call dengan anak-anak. Hehehe .... kat Phoenix dah pukul 12am tapi kat Malaysia baru kul 3pm.
Apa lagi tengah berborak dengan anak-anak pun boleh tertidur. Tapi kejap-kejap terjaga sebab anak-anak dok panggil ibu yang tengah tidur.
Ayah jaga anak-anak for 2 days, dari hari Sabtu sampai Ahad petang, before mak mertua datang. Ayah pergi sekolah Maisarah untuk sign report book and bawa Maisarah for taekwando exam kat Puchong pada hari Ahad pagi. Thanks Ayah, lulus assignment yang ibu beri.
Ayah jaga anak-anak for 2 days, dari hari Sabtu sampai Ahad petang, before mak mertua datang. Ayah pergi sekolah Maisarah untuk sign report book and bawa Maisarah for taekwando exam kat Puchong pada hari Ahad pagi. Thanks Ayah, lulus assignment yang ibu beri.
1st thing yang aku cari, T-shirts untuk anak dara 3 orang. Asyik pesan suruh beli je, nasib baik terjumpa juga ==>


2 comments:
Fizah,
jangan lupa ole-ole utk saya... sarung tangan Michael Jackson! hehehe....
Saya beli sarung tangan ala-ala MJ kat Madinah. Pasal nak jaga wuduk .. hehehe
Post a Comment