Friday, 17 July 2009

Tak sedap BADAN

Today rasa soo lazy to go to work. Tapi pergi jugak la. Kaki rasa lenguh-lenguh, bisa and sejuk sampai ke tulang. Badan rasa "dedau" and letih semacam. Macam-macam dok pikir kenapa ye?
  1. Mungkinkah semalam kat office ni sejuk sangat? Dari semalam lagi dah start rasa macam nak demam.
  2. Mungkinkah nak "datang bulan"? Oppssss!!!
  3. Mungkinkah tidur terganggu sebab anak-anak asyik call sahaja? Yesterday memang they all dah mula try to call aku and silap aku pulak angkat call. Tu yang they all tahu aku boleh terima call.
  4. Mungkinkah sebab penat sangat? Emm ... tak rasa gitu!!!
  5. Mungkinkah INFLUENZA??? Nauzubillah .... jauhkan la ...
OHHHH ..... TIDAK!!!!! Kawan dah takutkan aku. Kat Malaysia semua orang takut pasal H1N1 tapi aku kat sini biasa je (walaupun aku risau juga before datang). Orang-orang kat sini (Arizona) takde sibuk-sibuk pasal H1N1. Takde orang pakai mask. Kat TV and berita pun takde cerita pasal H1N1. Abang pun sibuk nak hantar aku ke Hospital Sungai Buloh lepas aku tiba sini. "Bang oii, kalau takde penyakit ingat senang ke nak masuk/kuarantin kat hospital?". Alhamdulillah selama kat sini aku tak pernah kena selsema. Kawan-kawan memang tahu aku ni terkenal sebab selsema. Aku allergy pada perubahan cuaca kot. Tapi kat Malaysia je aku selalu selsema. Dulu pernah training ke Jepun dlm 2 weeks time winter and sepanjang tu aku tak selsema. Ramai yang heran and pelik??? Aku dah kata "HIDUNG KU INI MADE IN OVERSEA". Aku guna pakai statement Kak Ina sebab dia bagitau AKU, KAK YATY, ABANG LONG and niece ARDILLA punya hidung "HIDUNG OVERSEA". Pagi-pagi mesti "hatchommm, hatchommmm ....". Boleh bergegar rumah ... hehehe. Ada symptom Resdung tu.(dah banyak ubat and perubatan aku buat tapi semua temporary sembuh sahaja. Dah malas nak cuba sana sini.) * Kak EMy tak masuk dalam senarai tapi hidung dia tinggi juga. Sebabnya dia suka menolak hidung ke atas. Ke LOBANG Hidung makin besar jadiknya??? Doakan semoga kesihatan aku baik. Lagi 3 hari je nak balik Malaysia.

3 comments:

MisY said...

tak sihat sebab tak sabar nak balik, kot? saya doakan awak selamat sampai.

Teratak Hami said...

Memang tak sabar sangat nak balik ....
After dah ambil ubat, alhamdulillah ok cuma kaki masih sejuk dalam tulang.

Unknown said...

thanks sbb add kite... yg pntg jgn lupe mkn ubat k....