Kami akan bertolak ke Arafah for wukuf yang menjadi main haji (Rukun Haji). Kami dah bersiap-sedia dari selepas subuh lagi. Masing-masing tunggu pengumuman dari pihak TH untuk berangkat mengikut maktab. Pengumuman yang dibuat pun dengan suara yang mendebarkan diiringi dengan doa :-
"Ya Allah, permudahkan perjalanan kami ini. Kami tidak mampu untuk melakukannya jika tanpa izinMu...".
Dalam hati terasa sayu, terasa macam kami nak pergi berperang, berjihad. Sebelum meninggalkan bilik, kami bermaafan, berpelukan dan ada yang menitiskan airmata.
(K Niza, K Zura, K Eja, K Endon, K Yan)
(K Niza, K Zura, K Eja, ME, K Yan)
Kami naik bas after lunch & solat Zohor di tingkat bawah hotel. Kami berniat ihram haji. Bas yang kami naiki stop sekejap sebab masalah teknikal. Hati dah berdebar-debar, dah bermulakah ujian??
Kami tiba di Arafah sebelum solat Asar. Keadaan khemah jangan ceritalah. Khemah besar yang hanya didirikan dari tiang-tiang kayu, setiap kayu (=1 khemah) untuk 10 orang, beratapkan kain dan berlantaikan tanah yang ditutupi dengan karpet buruk. Kami alas karpet dengan tikar yang disponser. Disitulah kami tidur, makan dan solat. Bilik air pun kena beratur. Masing-masing dah dipesan, mandi stail P Ramlee. Maybe sentuh air and basuh dimana yg patut.
Khemah di Arafah
Di belakang baris aku tidur, ada seorang kakak yang sedang terlantar sakit, batuk dan berkahak. Malam itu aku berdoa supaya aku dapat tidur walau seketika dengan niat nak bangun for qiamullail. Dengan keadaan yang tak selesa, tidur berbantalkan beg, sempit dan orang mengerang kesakitan di belakang, akhirnya aku tertidur juga.
Sebelum itu ada pengumuman dibuat, dijangkakan hujan akan turun pada waktu malam. Alhamdulillah tak hujan. Tak boleh bayangkan kalau betul-betul hujan.
15 November 2010 (Isnin)
Aku bangun awal, tak ramai orang so sempat juga mandi sekejap sebab badan dah terasa gatal sana sini. Still in ihram. Bertemankan lampu kalimantan yang suram, beberapa orang dah bangun for qiamullail. Pagi tu 3 orang doktor datang merawat kakak yang sakit tu & kemudian dihantar ke hospital. Kami bersolat jemaah Zohor diikuti solat Asar secara jamak tamam. Khutbah & doa dibacakan. Masing-masing menangis......
Kami keluar dari khemah, cari port masing2 for wukuf. Bumi Arafah dilimpahi dengan airmata. Suasana pun hening sahaja. Masing-masing dengan berpakaian ihram, kebanyakkannya serba putih, tiada pangkat, darjat, harta & kekayaan yang dapat dipamerkan. Semua sama sahaja.... orang kata ibarat perhimpunan di padang mahsyar.
Selepas makan, solat maghrib dan Isyak secara jamak tamam, kami menuju ke Muzdalifah untuk mabit/bermalam (Wajib Haji). Di Muzdalifah aktiviti mengutip batu untuk baling di 3 Jamrah. Batu itu akan digunakan untuk baling di Jamrah, sejarah nabi Ibrahim baling batu kepada setan. Seronok tengok gelagat jemaah2. Ada yang cari batu saiz besar, ni memang nak lepas geram betul!!! Ada yang kutip semula batu sebab tengok kawan lain dapat batu kecil2. Yang kelakarnya bila ada jemaah yang mencuci batu yang dikutip dengan alasan supaya tangan tak kotor. So ada yang bersuara, Aikkk.... nak baling setan pun kena batu yang bersih ke?
Aktiviti mengutip batu di Muzdalifah
Suasana di Muzdalifah
Dah penat kutip batu, kami berehat/tidur open air sampai tengah malam sebelum bertolak ke Mina.
** Total batu yang dikutip sepatutnya 70 biji (seeloknya kutip lebih)
10 Zulhijjah = 7 biji -Jamrah Kubra shj
11,12,13 Zulhijjah = 7 biji x 3 Jamrah x 3 hari. Untuk hari Tasyrik, lebih afdal batu dikutip di Mina.
3 comments:
Assalamualaikum..
Dalam kursus haji Ustaz menggalakkan kita basuh batu tu sebab takut kalau2 yang kita kutip malam tu bukan batu sebaliknya tahi unta..:-). kut2 nanti bilangan batu terkurang..wallahuaklam..
Walaikumsalam Anim,
Reason camtu mmg boleh diterima. Tapi masa tanya they all jawab supaya tangan tak kotor :-)
Masih teringat2 lagi doa yg ustaz baca di Arafah...
Ya Allah ya Tuhan kami!apalah kiranya engkau akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambaMu yang hina yang mengaku berdosa dan bersalah, yang merayu kepada Mu diatas kejahatannya, yang bertaubat kepadamu kerana kedosaannya, yang memohon keampunan kepadamu kerana kezalimannya, yang mengharap kemaafanmu kerana kesilapannya, yang merayu kepadamu supaya tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan kelimpahan rahmatmu pada tempat WUKUF ini, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih dilautan....
Post a Comment