Thursday, 9 December 2010

Hari bertolak for Haji

31 Oktober 2010 (Ahad)

Hari nak berangkat. Pagi-pagi lagi dah angkut barang anak ke rumah Kak Sal. Macam nak pindah. Semua baju sekolah, buku-buku sekolah dihantar. Keluarga dari Melaka sampai at 10:00am. Ibu bawa banyak makanan. Makan sambil borak-borak. Few friends and jirans datang.

Mandi sunat ihram and after zohor, kami solat berjemaah solat musafir di rumah. Abang dah solat sunat ihram di masjid. Aku solat di airport. Bersalam-salaman dengan keluarga. Sayunya hati, Tuhan sahaja yang tahu. Sedih nak tinggalkan anak-anak dalam masa yang lama. Anak-anak tak habis periksa lagi.

Orang-orang surau dah berkumpul di depan rumah. At 2:00pm, Abg Lan laungkan azan dan kami naik kereta Kak Emy. PERMINTAAN KAMI ...... Hanya Shahrul & Kak Emy sahaja hantar ke Kelana Jaya. Dorang hantar, turunkan beg, bersalaman dan balik. Biarlah semua kesedihan ditinggalkan di rumah.

Di Kelana Jaya, Abang dapatkan gelang, beg gantung & other souveniers. After that abang tukar ihram dan kami masuk ke dalam dewan for check-in beg, check passport etc. Kami makan and ada sedikit taklimat. Kaunter tukar duit pun disediakan.

At 4:15pm, seorang jemaah TH laungkan azan dan kami mula berangkat naik bas. Bas-bas diescort hingga ke KLIA. Terasa macam VVIP and kami panjatkan kesyukuran kerana menjadi insan TERPILIH. Dalam hati berniat, tak mahu sia-sia peluang / rezeki yang Allah berikan. Kami tinggalkan anak-anak, keluarga dan harta benda, jadi patutkah kami sia-siakan peluang ini?

Bas kami dibawa terus ke tempat menunggu. Dah takde check-in lagi. Selepas solat maghrib, kami terus masuk ke kapalterbang. Kapalterbang MAS khas untuk jemaah-jemaah haji. Kami niat ihram umrah (haji tamattuk) dalam kapalterbang di Qarnul Manazil (miqat) sejam sebelum kapalterbang mendarat. Penerbangan ambil masa 8 jam. Tiba di Jeddah awal pagi. Kami menunggu lama juga di dalam airport. Pemeriksaan kastam for perempuan cepat sikit, so perempuan didahulukan. Then aku pergi ambil bags. **Cover bags kami lain dari yang lain, so takde masalah nak mencari. Serius, dari jauh dah nampak!!!

Kami pergi ke tempat tunggu bas. Bas ke Mekah around 3 jam and kami sampai ke hotel around 6:00am. Alhamdulillah makanan yang disediakan dari atas kapalterbang sampai ke hotel memang terlebih-lebih. Sampai tak muat beg!!!

2 comments:

Intanterpilih said...

alhamdulilah....welcome home....:)((peluk))..ambik berkat....

Anonymous said...

boleh tak tunjuk macammana rupa cover bag tu?