17 November 2010 (Rabu)
Kami masih di Mina. Today bermula hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah), kena pergi melontar di ketiga-tiga Jamrah (Sughra, Wusta, Kubra). Waktu melontar after Subuh, tak sama macam 10 Zulhijjah. Ada yang tersilap so terpaksa le pergi melontar semula. Group kami pergi pukul 7am but aku & hubby pergi after Zohor iaitu waktu afdal. Memang tengah panas gedegang di kepala. Kami pergi melontar di tingkat 3 jugak tapi bila nak balik kena U-turn (signboard ke Moassiem) and terasa jauhnya. Alhamdulillah dalam 2 jam dah sampai ke khemah semula.
Makan di Mina memang takde masalah. Makanan terlebih-lebih. Maggie pun dibekalkan and paling laku!! Nasi walaupun kureng sedap tapi masih boleh telan. Seronok sangat sebab ramai orang and terasa macam bercamping. Apa lagi nak buat, duduk dalam khemah, tidur, makan, solat, borak, shopping and pergi melontar.
Ramai yang pergi melontar sendiri tanpa ikut TH. Masa free and takde apa2 masalah. After melontar di Jamrah, ramai yang melontar duit pulak. Orang Malaysia memang tak habis-habis shopping. Sampaikan peniaga pun bertambah ramai di luar kaki-kaki jalan. Aku pun bershopping jugak tapi untuk keperluan di Mina sahaja. Malas nak angkut barang banyak2. Then tolong shoppingkan barang untuk seorang makcik uzur yang tidur sebelah aku. Orang lain beli, dia berkenan then aku yang pergi cari/belikan. Dan aku dengan selambanya pergi "shopping" dengan kain batik sahaja!!!
ME and Makcik yg minta tolong shoppingkan untuk dia .... I LIKE!!!
Sebahagian dari jemaah yang same group.
Aku dapat handphone number Pakcik Yamin & Makcik Rubiah (jiran& ex-babysitter anak2 kami). Memang nak sangat jumpa mereka. Malam hujan turun dengan lebat, kilat & ribut. Kami tidak dibenarkan keluar dari khemah. Time ni aku ambil peluang pergi toilet. Line clear tapi tak mandi pun sebab sejuk.
18 November 2010 (Rabu)
Today melontar jamrah hari ke2 (12 Zulhijjah). Sesiapa nak buat Nafar Awal, dah bertolak awal pagi ke Jamrah. Pakcik Yamin & Makcik Rubiah pun buat Nafar Awal so after Subuh, kami menuju ke Maktab 75. Alhamdulillah jumpa juga. Mereka on the way to Jamrah.
Masa melontar kami tetap sama iaitu after Zohor, memang masa orang2 Arab yang badan besar2 keluar. Today try nak pergi melontar di Tingkat 1. Dengarnya jalan balik (U-turn) dekat sikit. Ngeri tengok orang2 badan besar melontar. Sepenuh perasaan, dah tu dari jauh pulak tu. Batu dah tentu besar.
Ramainya orang tengah melontar di Tingkat 1. Abang pesan jangan takut coz setiap orang lepas melontar pasti akan terus keluar. Aku beranikan diri menyusup di celah-celah orang ramai and atlast dapat ke depan. Setiap kali melontar memang aku dapat pergi ke depan. Yelah kita ni kecik kenot, takungan tu pun separas leher. Lepas dah lontar 7 biji anak batu, kena tundukkan kepala untuk keluar. Lepas nak keluar dari 3rd Jamrah, ada pulak sorang mamat yang pegang/peluk/pikir baik try to ikut aku & protect aku di belakang. Nasib baik kulit putih ... hehehe.
Singgah di Al-Baik (ala-ala KFC and tapau. Ramai dah bersiap-sedia untuk balik ke Mekah (Nafar Awal). We all tak mahu buat Nafar Awal coz this is the only time kami berada di Mina. Kalau datang buat Umrah, mana ada stay di Mina. Lagipun takde apa nak rushing balik Mekah coz kami dah habis semua Rukun Haji.
Malam hujan turun lagi. Kali ni lagi lebat sampai few selipars dihanyutkan air. Bacaan Yaasin & tahlil arwah dibuat dalam khemah. Lepas tu aktiviti biasa... makan, borak, solat, tidur. Memang sejuk sungguh dalam khemah!!!
1 comment:
wah!gembiranya menyambut hari lahir dengan ibadah haji sebagai hadiah!alhamdulillah.
Post a Comment